
Trending
“Tak Nak Cakap, Dah Rimas..” – Anak Nabil Ahmad
Anak Nabil Ahmad, Naira Mikayla mula jejak langkah dalam dunia hiburan! Tapi Nabil tetap tekankan sekolah nombor satu.
Baru-baru ini, anak kepada Nabil Ahmad iaitu Mikayla diberi peluang muncul sebagai ‘support sister’ dalam program “The Chosen One Xtra” dan ternyata, penampilannya mendapat perhatian ramai.
Menurut laporan Kosmo, di sebalik senyuman dan keyakinan atas pentas, Mikayla mengakui perasaannya ketika di belakang tabir sangat berbeza.
Sebelum naik ke atas pentas saya sangat panik dan hampir menangis. Saya juga tanya mommy boleh ke tak nak buat sebab takut.
Sampai saya tak nak bercakap dengan semua orang atas pentas. Saya dah mula rimas dengan orang nak rakam saya.
Panik hampir menangis, tapi semangat tetap ada

Menurut Mikayla, dia panik sampai hampir menangis apabila ramai ingin merakam wajahnya sebelum naik ke pentas. Tapi selepas berdiri di depan penonton, rasa takut itu terus hilang dan diganti dengan keseronokan.
Apabila naik ke pentas saya okey saja. Boleh bercakap macam biasa, mula-mula saja rasa takut tapi lama-lama seronok.
Nabil Ahmad tegas, sekolah tetap nombor satu!

Sebagai bapa, Nabil Ahmad menyatakan rasa bangga dan bersyukur melihat anaknya menerima peluang tersebut, namun tetap menegaskan bahawa pelajaran tetap keutamaan.
Tak kisah penat macam mana pun, Isnin tetap kena pergi sekolah.
Selain itu, Nabil turut memberikan nasihat penting kepada Mikayla supaya tidak panik dan tidak perlu pandang mata penonton secara terus bagi mengurangkan rasa gementar di atas pentas.
