
Branded
Singapore Comic Con (SGCC) 2024 Kembali Lagi Dengan Lebih Banyak Aktiviti Menarik Yang Tak Patut Dilepaskan!
Siapa dekat sini yang memang cinta mati dengan anime, komik, gaming atau budaya pop, pastikan korang free pada 7 dan 8 Disember 2024 sebab Singapore Comic Con (SGCC) kembali lagi!
Kali ini, kami yakin pasti korang jadi tak keruan sebab bukan saja ada barisan artis, penulis dan pencipta kandungan, malah terdapat juga gabungan lebih 380 syarikat pameran dan 400 jenama tau! Wow, confirm rambang mata!
Psst, dengar cerita ada juga pelbagai aktiviti menarik seperti pengalaman imersif, persembahan secara langsung, permainan mencabar, barangan eksklusif untuk dimenangi dan banyak lagi. Kalau nak tahu, meh sini meh kami kongsi!
Hidupkan Semula Keriangan Waktu Kecil Dengan Pelbagai Karakter Anime, Permainan Kad & Banyak Lagi
Untuk pengetahuan, Singapore Comic Con adalah acara Festival Media Singapura (SMF), yang dihoskan oleh Penguasa Pembangunan Media Infocomm Singapura (IMDA), menghimpunkan para profesional media, pemimpin industri dan pencipta kandungan di Asia dalam satu acara.
Penaja utama untuk SGCC tahun ini adalah sebuah jenama yang sangat terkenal dalam menghasilkan mainan dan patung bebas iaitu Mighty Jaxx tau.

Jadi, katanya Mighty Jaxx menjanjikan pameran yang tak dapat dilupakan seperti pameran koleksi One Piece XXRAY terbaru, koleksi Kandyland serta penampilan sulung patung mewah mereka bersama SuperKraft Lab! Wow, seriuslah?!
Psst, pastikan korang dapatkan Treasure Gold Luffy bila datang ke SGCC tau!

Selain itu, terdapat juga rancangan kartun popular yang semestinya menjadi kegemaran setiap generasi iaitu SpongeBob Squarepants, yang mana Nickelodeon nak meraikan Ulang Tahun Ke-25 SpongeBob di SGCC 2024!
Menariknya, korang boleh rasai sendiri pengalaman tinggal di Bikini Bottom menerusi aktiviti menarik seperti Krabby Patty Frenzy, Pineapple House Visit, Sponge-Tastic Photo Opps, Meme Gallery.
Terdapat juga hadiah lumayan untuk pertandingan cosplay istimewa tau! Jadi, siapa peminat kartun SpongeBob Squarepants, pastikan korang dah siap-siap pakai cosplay karakter kartun ini tau!

Ingat lagi tak permainan kad popular seperti Yu-Gi-Oh, Digimon, One Piece, Gundam dan Bandai? Kalau ingat, jangan lupa datang ke SGCC 2024 sebab terdapat Bandai Card Games Fest 24-25 World Tour Singapore!
Terdapat pelbagai aktiviti menarik menanti korang seperti Kejohanan Serantau, sesi tutorial, barangan eksklusif serta acara istimewa khas yang pastinya korang tak nak ketinggalan!
Bukan itu saja, Tamashii Nations, Banpresto dan Bandai Hobby juga akan turut serta bersama korang di SGCC 2024, menemani perjalanan korang melakukan aktiviti seperti bengkel praktikal, peraduan membina kit model dan terdapat barangan eksklusif menanti tau!
Siapa yang cinta mati Bandai tu, pastikan korang rebut peluang untuk mendapatkan barangan eksklusif Bandai x SGCC 2024!

Paling best, Puteri SGCC 2024, Rurusama menerusi Creators Con akan turun padang dan menghiburkan peminat dengan persembahan secara langsung, melakukan cabaran bersama serta terdapat barangan eksklusif untuk diberikan kepada korang.
Tak cukup dengan itu, SGCC 2024 pasti riuh dan tak terkawal dengan kehadiran barisan hadirin seperti Bluey, Genshin Impact, Infinity Studio, Jada, Kasagi Labo, Lego by thebrickshop, Magic: the Gathering, Simply Toys, The Legend of Luo Xiaohei, Threezero, Tokidoki, Top Toys, True Blue Production, ZDToys, 52 Toys by Gift Greetings dan ramai lagi! Wow, meriahnya!
Dah seronok buat aktiviti, mestilah korang lapar dan dahagakan? Jangan risau sebab dekat SGCC 2024 ini terdapat banyak pilihan makanan dan minuman untuk korang di SGCC Pop Culture Food Zone.

Terdapat pelbagai hidangan yang akan disajikan termasuk Princess’s Apple Puff serta Mystic Forest daripada Beard Papa’s dengan kerjasama SGCC dan banyak lagi.

Kalau dah minat anime, mesti ada koleksi tersendiri kan? Haa, pastikan korang datang ke acara ini sebab korang berpeluang untuk melihat atau bertukar-tukar koleksi dengan SGtoydisplay tau. Haa, masa ini lah korang nak jumpa koleksi rare yang susah korang nak jumpa!
Fuhh, banyak kan aktiviti menarik menanti di SGCC 2024? Kalau korang berminat untuk sertai Singapore Comic Con 2024, berikut adalah maklumat acara tersebut:
Tarikh: 7 hingga 8 Disember 2024
Tempat: Marina Bay Sands Expo and Convention Centre
Kanak-kanak di bawah 8 tahun masuk secara percuma.

Kalau korang dari Malaysia, pastikan korang menggunakan platform Pelago, platform pengalaman perjalanan oleh Singapore Airlines, sebab mereka melancarkan tiket am serta bungkusan Dragon Ball Eksklusif Pelago dan korang akan peroleh 3 batu KrisFlyer untuk setiap perbelanjaan $1! KLIK SINI untuk maklumat lanjut.
Jadi, tunggu apa lagi, cepat dapatkan tiket ke Singapore Comic Con 2024 sekarang dengan KLIK DI SINI.
