Connect with us

Oh! Media

Barangan Mewah Datuk Seri Vida Termasuk BMW Dan Vellfire Dilelong RM1 Juta!

Ohmedia dsv Lelong

Oh! Artis

Barangan Mewah Datuk Seri Vida Termasuk BMW Dan Vellfire Dilelong RM1 Juta!

727 barangan milik Datuk Seri Vida dilelong hari ini.

Selepas hampir setahun tertangguh, proses lelongan melibatkan barangan peribadi milik jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida akhirnya dijalankan hari ini.

Proses tersebut bermula dari pukul 10.30 pagi dan berakhir kira-kira jam 1.40 petang di kediaman beliau di Meru Heights, Ipoh Perak.

Lapor Sinar Harian, tiga kereta iaitu Toyota Vellfire, Toyota Grand Hiace dan BMW X7 antara 727 barang milik Datuk Vida berjaya dilelong RM1 juta

IKLAN

Hanya seorang pembida peroleh semua barangan

Ds Vida

Selain itu, terdapat 727 barangan isi rumah seperti set sofa, meja makan, televisyen, penghawa dingin, teleskop, gitar elektrik, piano, set karaoke, meja pool, serta pelbagai hiasan dinding dan pasu.

Lelongan itu disertai dua pembida yang juga usahawan, namun hanya seorang daripadanya, Norzamri Abdullah, berjaya memperoleh semua barangan selepas seorang lagi menarik diri.

Disita kerana gagal bayar tunggakan RM1 juta sejak 2018

Vida

Peguam kepada pihak penuntut, Samir Zainal, memaklumkan pembida yang berjaya perlu melengkapkan proses pembayaran kepada pihak mahkamah sebelum jam 4.30 petang hari yang sama.

Menurutnya, masih terdapat baki tuntutan berjumlah kira-kira RM100,000 yang akan ditentukan kemudian berdasarkan arahan dan perbincangan bersama anak guamnya.

Difahamkan, barangan milik Datuk Seri Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman terpaksa disita selepas beliau gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada syarikat kontraktor pembinaan, AH Design Communication, berjumlah RM1,060,285 sejak tahun 2018.

Pssttt! Walaupun nilai barangan yang dilelong bukan kecil, perkara ini menunjukkan betapa pentingnya urusan kewangan diselesaikan dengan segera agar tidak memberi kesan pada reputasi mahupun aset seseorang. Apa pun, semoga semua pihak yang terlibat dapat menyelesaikan urusan ini dengan baik.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas