Trending
Mejar Fikry Dan Isteri Timang Kembar Tiga, Setahun Selepas ‘Pemergian’ Anak Di Taska
Mejar Fikry kini dikurniakan rezeki berganda iaitu tiga bayi perempuan sekaligus.
Pada
Mejar Fikry kini dikurniakan rezeki berganda iaitu tiga bayi perempuan sekaligus.
Oleh
Setahun selepas diuji dengan pemergian anak tunggalnya, Muhammad Al Fateh Amri, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri kini dikurniakan tiga cahaya mata perempuan serentak.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Mejar Fikry di Threads, memaklumkan isterinya, Sabrina Hakiem Zaini, selamat melahirkan anak kembar tiga secara pembedahan di Hospital Melaka pada Jumaat, 24 Oktober 2025.

Dalam hantaran sama, beliau turut berterima kasih kepada semua doktor, jururawat dan staf Hospital Melaka yang telah menjaga isterinya dengan penuh amanah sepanjang 73 hari berada dalam wad untuk pemantauan sebelum kelahiran.
Nama Mejar Fikry sebelum ini pernah tular pada September 2024 selepas anak lelakinya, Muhammad Al Fateh, meninggal dunia ketika di bawah jagaan pengasuh di Alor Gajah, Melaka.
Anak itu merupakan zuriat pertama selepas 13 tahun penantian beliau dan isteri. Tragedi tersebut meruntun hati rakyat Malaysia apabila rakaman CCTV yang tular menunjukkan bayi berusia lapan bulan itu dipercayai dibiarkan dalam keadaan bedung, disumbat botol susu dan ditutup muka dengan bantal hingga membawa maut.
BACA: “Saya Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Yang Maksimum” – Bapa Al Fateh
Kini, setahun selepas kehilangan yang memeritkan itu, Allah gantikan dengan rezeki tiga sekali gus. Rata-rata netizen menzahirkan rasa sebak dan gembira atas berita kelahiran kembar tiga itu.

Pssttt! Dari kehilangan seorang anak yang ditunggu 13 tahun, kini Mejar Fikry dan isteri dikurniakan tiga cahaya mata perempuan sebagai pengubat rindu yang abadi. Semoga keluarga ini terus kuat dan bahagia membesarkan puteri-puteri kecil mereka dengan penuh kasih sayang.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Nur Syuhada pulang ke kampung bersama dua anak dan akhirnya tinggal di dalam kereta.
Ibu kongsi keadaan terkini Zaim selepas dibuli, trauma kejadian akan berulang.
Sambal Mama Tini jadi bualan, netizen kritik botol kecil tanpa sticker.
Khairul Aming ambil tindakan undang-undang dan hantar LOD susulan dakwaan kebocoran data peribadinya.
Dua suspek Rohingya itu didapati positif dadah.