Connect with us

Oh! Media

Hijau Di Mana-Mana! Grab ‘Ambil Alih’ KL Untuk Sambut ASEAN Summit!

Branded

Hijau Di Mana-Mana! Grab ‘Ambil Alih’ KL Untuk Sambut ASEAN Summit!

Dah tengok satu video yang sedang viral di laman sosial sekarang? Video berkenaan memaparkan ucapan selamat datang dari Grab yang mengalu-alukan kedatangan pemimpin ASEAN serta delegasi ke Malaysia.

Memang bukan biasa-biasa. Siapa sangka, paparan megah yang tunjukkan bangunan-bangunan ikonik seperti Bukit Bintang, terowong Convex KLCC dan lapangan terbang antarabangsa diserikan dengan visual Grab yang menyambut pemimpin dunia. 

Video ini buatkan sampai ramai yang tertanya, “Eh, ni betul ke Grab buat semua ni?”

2916
3015

Dari paparan digital di luar bangunan (DOOH) besar di tengah KL sampai car wrap yang penuh branding Grab, video tu nampak seolah-olah Grab ambil alih seluruh bandar untuk raikan kedatangan pemimpin ASEAN. Power kan?

Tak hairanlah ramai yang kongsi semula dan mula berdebat, betul ke ni projek besar-besaran Grab? Siap ada yang berbalas-balas komen mengeluarkan pendapat masing-masing. 

Grab 23

Ada yang yakin Grab betul-betul buat, ada juga kata bukan. Apa pun, tak dinafikan video tu berjaya buat ramai teruja dan rasa bangga tengok nama Malaysia ‘glow-up’ sebegitu rupa.

Melalui kolaborasi dengan KS Lagi, Grab hadir dengan siri istimewa 3 episod, “Rakan Grab Jelajah ASEAN” yang menampilkan Shahril Hamdan dan 3 Rakan Grab dalam misi menjelajah tiga negara serantau: Indonesia, Thailand dan Vietnam.

851x315 1200 X 675 Px 75

Melalui siri ni, Grab bukan sekadar jadi aplikasi penghantaran dan e-hailing biasa. Ia sebenarnya melambangkan bagaimana negara-negara ASEAN saling terhubung dan bekerjasama satu semangat yang cukup jelas bila tengok cara Shahril dan rakan-rakan Grab tempatan berkongsi pengalaman mereka di tiga negara berbeza.

Kalau korang nak tengok sendiri perjalanan mereka dan keindahan ASEAN dari perspektif Grab, boleh tonton episod pertama dan kedua KS Lagi Rakan Grab Jelajah ASEAN Episod 1 dan 2 di sini:

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas