Branded
Singapore Comic Con 2024: Ini Antara Sorotan Menarik Menanti!
Oleh
Peminat-peminat anime, manga, gaming dan budaya pop, mesti dah tak sabar untuk Singapore Comic Con 2024 betul tak?
Untuk korang yang terlepas keretapi tu, pada 7 dan 8 Disember ini akan berlangsung Singapore Comic Con 2024, bertempat di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre.
Acara ini akan dimeriahkan dengan barisan artis, penulis dan pencipta kandungan, serta terdapat juga gabungan lebih 380 syarikat pameran dan 400 jenama tau!
Kalau korang nak tahu apakah sorotan menarik menanti korang, meh sini kami kongsikan!
Koleksi Figura Bandai
Kalau korang peminat tegar Ultraman atau Dragon Ball, pastikan korang datang ke booth Tamashii Nations, sebab untuk SGCC kali ini mereka bawakan khas S.H.Figuarts Ultraman Belial Clear Color Ver, daripada Dark Warrior secara eksklusif tau!
Bukan itu saja, korang juga boleh dapatkan figura eksklusif edisi terhad gabungan antara SGCC x Ultraman dan SGCC x Dragon Ball seperti S.H.Figuarts Son Goku – Innocent Challenger dan Tamashii Stage Dragon Ball dengan hanya S$120 untuk sekali penyertaan. Okaylah tu kan?
Untuk One Piece juga tak ketinggalan, di mana korang boleh buat pra-pesanan eksklusif untuk barangan kerjasama antara WCF x Tamashii pada harga istimewa S$268 di booth Banpresto.
Haa, masa inilah korang ambil peluang untuk level up koleksi dengan mendapatkan figura unik dan rare tokoh anime dengan tawaran Banpresto, daripada Dragon Ball dan One Piece kepada Demon Slayer dan Jujutsu Kaisen.
Sederet dengan booth Banpresto, terdapat booth Bandai Hobby di mana korang dapat meluangkan masa dengan peminat-peminat anime dan manga lain menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel GUNPLA dan kit model praktikal serta nikmati barangan eksklusif!
Permainan Kad Bandai
Siapa yang suka main kad lagi-lagi kad permainan Dragon Ball, Digimon, Arena Union dan Gundam, pastikan korang tunjuk semangat kompetitif korang dengan menyertai Kejohanan Serantau BANDAI CARD GAMES Fest 24-25 -WORLD TOUR.
Dengan menyertai Kejohanan Serantau ini, korang berpeluang untuk melayakkan diri ke Kejohanan Dunia di Jepun, dengan hadiah menarik dan barangan eksklusif.
Tapi kalau korang nak kekal lowkey, korang boleh saja sertai sesi tutorial dan penyertaan dalam talian melalui platform BANDAI Metaverse. Maklumat lanjut boleh didapati di laman web BANDAI CARD GAMES Fest 24-25.
Disney Pop Up Store
Kalau tak minat anime dan manga, jangan risau sebab SGCC menampilkan kedai Pop Up Disney yang menawarkan pelbagai jenis barangan daripada Disney, Pixar, Marvel dan Star Wars, termasuk barangan eksklusif pra-keluaran dan barangan bertemakan percutian tau!
Di Pop Up Store ini juga, korang berpeluang untuk memenangi hadiah dengan menyertai aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan.
Alang-alang tengah cakap tentang Disney ni, SGCC juga membawakan Disney Cruise Line, yang mana korang boleh menikmati pengalaman berada di Marvel Landing, salah satu kawasan bertema di kapal Disney Adventure.
Di sini, korang juga boleh sertai aktiviti seperti Ujian Iron Cycle, rollercoaster pertama di atas kapal Disney Cruise Line dan yang paling lama di laut tau. Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk merasai keajaiban pelayaran Disney di SGCC.
Cipta Kenangan Bersama Captain America: Brave New World
Siapa team Marvel dekat sini, kami yakin korang pasti tak keruan apabila datang ke booth Captain America: Brave New World di SGCC 2024.
Di booth ini, korang berpeluang untuk bergambar dengan latar belakang bertema filem untuk peluang foto epik sebagai tanda korang bersedia untuk meraikan tayangan filem tersebut, yang akan ditayangkan di pawagam pada 13 Februari 2025.
Figura Mighty Jaxx
Peminat One Piece, tiba masanya untuk korang nikmati pengalaman tak dapat dilupakan dengan menghadirkan diri ke booth Mighty Jaxx.
Di booth ini, korang dapat melihat koleksi Siri One Piece Wanted XXRAY terbaru, yang menampilkan watak ikonik seperti Luffy, Zoro dan Sanji, di mana setiap figura diilhamkan daripada poster dikehendaki mereka yang cukup terkenal.
Psst, rebut peluang keemasan ini dan dapatkan Treasure Gold Luffy eksklusif di SGCC tau!
Selain itu, Superkraft Lab, juga turut serta membuat penampilan sulung di Booth Mighty Jaxx untuk menyaksikan pelancaran karya pertama mereka: Transformers: Till All Are One.
Koleksi yang direka dengan teliti ini mempamerkan dedikasi Superkraft Lab terhadap perincian dan kesenian, menjanjikan penambahan yang menarik kepada mana-mana koleksi peminat Transformers.
Paling penting, di booth ini mereka akan pamerkan Mighty XXL: Luffy Gear 5, figura FRP bersaiz sebenar dan penampilan sulung patung Batman dan Transformers daripada SuperKraft Lab.
Creators Con
Pencipta kandungan di luar sana, SGCC bakal melancarkan Creators Con, di mana pencipta kandungan dari seluruh Asia Tenggara boleh berhubung, berkongsi pengalaman dan beri inspirasi kepada pencipta lain melalui bengkel, persembahan dan interaksi peminat.
Antara pencipta kandungan yang hadir memeriahkan SGCC adalah Abbey Tan, Agung, Asamlambunk, Dew Francis dan ramai lagi, menjanjikan pengalaman menarik untuk korang.
Selain itu, korang juga berpeluang untuk bertemu dengan Puteri SGCC, Rurusama, di boothnya tau!
Cosplayer berbakat, pencipta kandungan dan usahawan ini membawa pelbagai aktiviti dan pengalaman hebat antaranya menyertai cabaran, membeli barangan eksklusif dengan tema Mommy Issues dan juga menonton persembahan tarian.
Sambut Ulang Tahun SpongeBob Bersama Nickelodeon
Sedar tak sedar sebenarnya rancangan kartun SpongeBob Squarepants telah masuk tahun ke-25 dan Nickelodeon akan menyambut ulang tahun tersebut di SGCC.
Menariknya, korang boleh feeling seperti berada di Bikini Bottom menerusi pelbagai aktiviti menarik seperti melangkah masuk ke dalam rumah nanas SpongeBob dan bekerja di Krusty Krab.
Selain itu, korang juga berpeluang menerima barangan eksklusif SpongeBob SquarePants dengan menyertai permainan interaktif tau!
Ramah Mesra Bersama Pelakon Power Rangers
Siapa suka tonton Power Rangers dulu, Iconic Bliss Entertainment membawa Power Rangers ke Singapura dengan tumpuan khusus pada Space Rangers (1998). Wah, seriuslah?!
Menariknya, korang berpeluang untuk beramah mesra bersama pelakon di sebalik wira ikonik seperti Christopher Khayman Lee (Andros, Red Space Renjer), Selwyn Ward (T.J. Johnson, Blue Space Renjer/Red Turbo Renjer) dan Justin Nimmo (Zhane, Silver Space Renjer) tau!
KISSUI
KISSUI memperkenalkan koleksi sulung edisi terhad, KOKORO – Edisi Chrome Chainsaw Man/Samurai Sword,, secara eksklusif di SGCC.
Korang boleh dapatkan figura ini dalam tiga saiz iaitu edisi premium 25cm (terhad kepada 50 keping bernombor), edisi 10cm atau rantai kunci 5cm. Siapa yang memang suka dengan koleksi daripada KISSUI ni, pastikan korang datang ke booth ini dulu tau!
Amati Koleksi Kuromi Bersama SUPERGG
Kalau korang memang mengikuti rapat tentang Kuromi, mesti korang tahu tentang Siri Midnight Stories Kuromi betul tak? Berita baik, SUPERGG akan memperkenalkan siri tersebut di SGCC 2024, menandakan koleksi pertama di Asia Tenggara. Bestnya!
Siri ini menampilkan enam reka bentuk menawan dan satu figura rahsia yang sangat jarang ditemui, dengan sentuhan tengah malam yang misteri.
SGCC Pop Culture Food Zone
Biasalah, kalau pergi mana-mana acara sekali pun, tak sah kalau tak ada makanan betul tak?
Di SGCC 2024 ni, terdapat SGCC Pop Culture Food Zone di mana terdapat pelbagai jenis makanan yang korang boleh dapatkan, salah satunya yang sangat dinantikan adalah Beard Papa’s.
Kalau korang nak tahu, Beard Papa’s bekerjasaman dengan SGCC 2024 dan menawarkan puff krim edisi terhad eksklusif yang diilhamkan oleh budaya pop tau!
Selain itu, di SGCC Pop Culture Food Zone ini, korang boleh menikmati Princess’s Apple Puff, hidangan lazat yang dipenuhi dengan kastard epal lazat dan dihiasi dengan eklair merah yang menawan dan kerak pai hitam.
Tak cukup dengan itu, korang juga boleh menikmati Mystic Forest, hidangan yang menampilkan isian yang kaya dengan Black Forest, menawarkan kepuasan yang sempurna untuk meraikan penghujung tahun dan pengalaman di Comic Con.
Jadi, dengan semua sorotan ini, pastikan korang serbu Singapore Comic Con 2024 pada 7 dan 8 Disember 2024 di Marina Bay Sands Expo and Convention Centre. Kanak-kanak di bawah 8 tahun masuk secara percuma tau. Jumpa di sana!
Korang belum ada tiket untuk pergi ke Singapore Comic Con 2024? Cepat dapatkan sekarang dengan klik pada pautan ini, https://www.singaporecomiccon.com/sgcctickets.