Connect with us

Oh! Media

Biasiswa Bakat DASHING: Dari Padang Tempatan Ke London Bersama Tottenham Hotspur!

Dashing Bolaland

Branded

Biasiswa Bakat DASHING: Dari Padang Tempatan Ke London Bersama Tottenham Hotspur!

Jenama dandanan lelaki terkenal, DASHING, terus menyokong pembangunan bakat muda tempatan melalui Kem Pencarian Bakat Dashing 2025, di bawah inisiatif Biasiswa Bakat Dashing.

Kem sehari di Arena Sukan Kuala Lumpur ini menghimpunkan 120 pemain bola sepak berusia 15 hingga 18 tahun yang terpilih selepas melalui proses pemilihan ketat berdasarkan penghantaran video.

Program ini bertujuan untuk memupuk potensi generasi pelapis bola sepak Malaysia dengan memberi mereka peluang sebenar ke pentas latihan bertaraf dunia di United Kingdom.

Latihan Bersama Jurulatih Tottenham Hotspur

Para peserta menerima latihan intensif daripada Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Tottenham Hotspur, bersama 20 jurulatih tempatan Malaysia

Sepanjang kem, mereka menjalani sesi berintensiti tinggi yang menilai kemahiran teknikal, ketahanan fizikal serta mental, sama seperti piawaian bola sepak profesional.

Dashing Bolaland

“Malaysia ada potensi besar dalam bola sepak, dan amat menginspirasikan bila lihat program seperti ini beri peluang sebenar untuk anak muda tonjolkan bakat,” kata Shannon Moloney, Jurulatih Pembangunan Global Tottenham Hotspur.

Saingan Sengit Rebut Peluang Ke London

Persaingan di kem ini sangat sengit apabila setiap pemain memberikan yang terbaik untuk merebut tiga tempat utama yang ditawarkan. Pemenang akan berpeluang mengikuti pengalaman latihan eksklusif di Akademi Tottenham Hotspur yang berprestij di London pada tahun 2026.

Di sana, mereka akan merasai sendiri suasana latihan seperti pemain profesional, lengkap dengan fasiliti moden dan pendekatan latihan bertaraf dunia.

Dashing Bolaland

Pengalaman Berharga Untuk Pemain Muda

Salah seorang peserta, Dazzel Emil Haziq, 15 tahun dari Selangor, menyifatkan program ini sebagai pengalaman yang membuka matanya terhadap tahap sebenar bola sepak kompetitif. Bagi Dazzel, peluang ini memberi motivasi besar untuk memperbaiki permainan dan terus mengejar impian bermain di luar negara.Seorang lagi peserta, Muhammad Darwisy, berkata latihan yang dijalankan bukan sahaja menguji kemahiran tetapi juga ketahanan mental. Menurutnya, suasana kem sangat kompetitif dan membuatkan setiap pemain kekal fokus serta bersemangat sepanjang masa.

Lebih Daripada Sekadar Dandanan

Inisiatif Biasiswa Bakat Dashing membuktikan komitmen DASHING dalam melabur untuk masa depan belia Malaysia.

Melalui kerjasama dengan Tottenham Hotspur, jenama ini menggabungkan semangat tempatan dan kepakaran antarabangsa bagi memberi pendedahan bertaraf dunia kepada pemain muda tempatan.

Menurut Devarshi Dalmia, Pengurus Pemasaran DASHING, kerjasama ini membuka peluang sekali seumur hidup untuk anak muda Malaysia mengejar impian bola sepak mereka.

Debaran Menanti Tiga Pemain Terpilih

Selepas berakhirnya kem, tumpuan kini beralih kepada pengumuman tiga pemain paling cemerlang yang bakal berangkat ke London pada tahun hadapan.

Pengalaman latihan di pusat latihan Tottenham Hotspur dijangka menjadi detik bermakna dalam perjalanan bola sepak mereka, satu langkah besar dari padang tempatan menuju ke pentas dunia.

Dashing Bolaland

DASHING Sokong Minat Bola Anak Muda

Layari laman web rasmi DASHING di www.dashing.com.my. Bagi yang ingin mendapatkan produk DASHING dengan mudah, anda juga boleh membuat pembelian terus melalui Shopee DASHING

Jangan lupa ikuti perkembangan terkini dan kemas kini DASHING di laman rasmi media sosial mereka seperti Instagram dan Facebook.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Irsa
Irsa, bekas penulis di Oh! Media yang mahir menghasilkan artikel berkaitan hiburan dan isu trending di media sosial. Kini, beliau meneruskan kecemerlangan penulisannya sebagai sebahagian daripada pasukan di Beautifulnara.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas