Branded
Subway Perkenal Sandwich Ukuran 1 Kaki, The Ultimate Footlong Meal Untuk Waktu Terhad
Subway Malaysia melancarkan The Ultimate Footlong Meal, set hidangan berukuran satu kaki yang penuh kenikmatan.

Bermula dari 29 Oktober hingga 30 Disember 2025, kempen ini meraikan segala yang digemari rakyat Malaysia tentang hidangan hebat rasa yang berani, bahagian yang besar, dan keenakan roti segar menampilkan Black Pepper Chicken Edition serta Footlong Cookie pertama di Malaysia.
The Ultimate Footlong Meal gabung tiga kegemaran utama Subway

Black Pepper Chicken Footlong Sub – diperbuat daripada peha ayam yang berjus, disalut dengan sos lada hitam yang pekat, dan dihidangkan dengan roti yang dibakar segar setiap hari.
Footlong Cookie – biskut sepanjang satu kaki pertama di Malaysia, dibakar segar setiap hari untuk tekstur lembut dan kenyal yang sempurna.
Footlong Cup – cawan edisi terhad setinggi satu kaki yang direka khas untuk melengkapkan pengalaman indulgent anda.
Gabungan ketiga-tiganya menjadikan hidangan ini penuh rasa, mengenyangkan, dan sesuai dikongsi — gaya Subway sebenar.
Kehadiran Gergasi di Bukit Bintang

Bagi meraikan pelancaran ini, Subway akan mempersembahkan instalasi beg Subway 3D gergasi di Bukit Bintang dari 27 Oktober hingga 2 November 2025.

Instalasi berskala besar berbentuk beg Subway yang “melimpah dengan rasa” ini mengajak pengunjung meneroka enam ‘lubang intai interaktif’, setiap satu menceritakan episod berbeza tentang The Ultimate Footlong Meal daripada kehebatan Black Pepper Chicken hinggalah ke kemewahan Footlong Cookie.
Di ‘lubang intai’ terakhir, pengunjung boleh menemui mesej promosi eksklusif yang memberikan diskaun RM10 untuk pembelian pengenalan khas The Ultimate Footlong Meal di cawangan Subway yang terpilih.
Rasai Sebelum Ia Berakhir

The Ultimate Footlong Meal akan tersedia di semua restoran Subway Malaysia dari 29 Oktober hingga 30 Disember 2025.
Untuk maklumat lanjut mengenai menu dan promosi terkini, layari www.subway.com.my atau ikuti @subwaymalaysia di media sosial.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM