Connect with us

Oh! Media

Shila Amzah Dedah Apa Yang Dilakukan Isteri Amy Search Ketika Diserang!

Ohmedia shila Amzah Amy Search

Trending

Shila Amzah Dedah Apa Yang Dilakukan Isteri Amy Search Ketika Diserang!

Shila Amzah dakwa diserang Amy Search secara tiba-tiba dengan tuduhan ganggu rumah tangga.

Penyanyi terkenal, Shila Amzah mendedahkan detik mengejutkan apabila diserang oleh lagenda rock tanah air, Amy Search ketika sedang menjalani latihan konsert baru-baru ini.

Menurut laporan f8buzz, Shila berkata yang kejadian itu berlaku secara mengejut hingga membuatkannya menggigil ketakutan di hadapan ramai orang termasuk klien, pemuzik dan kru produksi.

Seingat saya, perkataan pertama adalah ‘aku dah lama cari kau’, tapi dengan nada yang sangat keras, yang menjeritlah.

Amy Search tuduh Shila Amzah ganggu rumah tangga?

Shila turut berkongsi bahawa Amy Search menuduhnya mengganggu rumah tangga dan tindakan itu membuatkan dia benar-benar terkejut dan tergamam.

IKLAN

Benda terakhir saya ingat, ‘kau tunggulah nasib kau’. Saya ingat isteri dia turut berada di tempat kejadian. Dia pandang saya dengan berpeluk tubuh… pandangan yang macam apa yang terjadi tadi tu masih tidak cukup.”

Buat laporan polis, risau keselamatan diri

Shila Amzah Ig

Disebabkan insiden tersebut, Shila mengambil langkah berjaga-jaga dan membuat laporan polis kerana bimbang kejadian sama berulang serta bagi melindungi keselamatannya.

Shila juga tidak menyangka perkara sebegini boleh berlaku secara terbuka dan menganggap situasi itu amat tidak profesional dan menakutkan.

Pssttt! Dalam dunia hiburan yang penuh tekanan, maruah dan emosi harus dikawal. Jika berlaku salah faham, selesaikan secara profesional, bukan dengan ugutan.

Kredit: f8buzz
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas