
Trending
“Saya Sedia Ceraikan” – Suami Zehra Zambri Akui Ikut Sahaja Walaupun Berat Hati
Suami Zehra Zambri akhirnya akui sudah sedia lepaskan isterinya. Isu rumahtangga makin tegang, kes kini ke peringkat Hakam Islah.
Suami kepada penyanyi Zehra Zambri iaitu Nur Mohd Iqwan Samsudin akhirnya tampil mengakui bahawa dia sudah bersedia untuk menceraikan isterinya selepas sekian lama rumah tangga mereka bergolak.
Menurut laporan Oh Bulan, Iqwan berkata keputusan itu terpaksa dibuat demi kebaikan semua pihak walaupun agak berat hati.
Saya sudah sedia untuk ceraikan Zehra sebelum ini lagi, cuma perlu melalui proses mahkamah. Sangat berat sebenarnya untuk saya lalui perkara ini tapi saya ikut sahaja.
Suami Zehra Zambri hormati prosedur mahkamah, perlu lalui proses

Iqwan berkata penceraian ini tidak semudah lafaz biasa kerana perlu mengikuti beberapa fasa mengikut Seksyen 47, termasuk perbincangan melalui Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan kini bakal memasuki proses Hakam Islah pada 13 Ogos depan.
Perkara ini memang berterusan dan saya ada beritahu dalam mahkamah ingin menceraikan Zehra.
Hari ini sepatutnya mendengar keputusan JKP tetapi terpaksa dilanjutkan kepada Hakam Islah.
Enggan ulas lanjut, anak tidak sihat

Iqwan turut memaklumkan dia tidak mahu memberikan komen lanjut berikutan anak mereka yang sedang tidak sihat dan menyerahkan sebarang maklumat lanjut kepada pihak peguam isteri.
Saya tak mahu komen banyak sebab anak saya tak sihat. Untuk lebih lanjut, boleh tanya Zehra atau peguamnya.
Pssttt! Kadang-kadang, melepaskan adalah pilihan paling matang bila cinta sudah tak mampu menyatukan dua hati. Semoga semua pihak terus kuat demi anak dan masa depan.
Kredit: Oh Bulan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
