Connect with us

Oh! Media

Saidah Kamarudin ‘Move On’ Dengan Kontroversi, Tak Ambil Hati Sindiran Artis Lain

Ohmedia saidah Kamarudin

Trending

Saidah Kamarudin ‘Move On’ Dengan Kontroversi, Tak Ambil Hati Sindiran Artis Lain

Saidah Kamarudin nekad melangkah ke hadapan selepas kontroversi bekas tunang. Tak hirau sindiran, fokus kerja dan serah isu lama pada peguam.

Pelakon meningkat naik, Saidah Kamarudin mengakui masih menyimpan sedikit trauma susulan kontroversi hangat bersama bekas tunangnya, Muntazar. 

Menurut laporan Harian Metro, pelakon itu walau bagaimanapun memilih untuk terus melangkah ke hadapan, fokus kepada kerjaya dan enggan memanjangkan isu lama.

“Memang trauma itu ada, tapi saya pilih untuk tak terlalu ambil tahu komen di media sosial… saya dah melangkah ke hadapan.

IKLAN

Saidah Kamarudin tak ambil hati dengan sindiran rakan artis

Saidah Kamarudin

Saidah turut menjelaskan dia tidak melayan sindiran segelintir rakan artis yang masih bercakap mengenai kisah silamnya walaupun ia sedikit sebanyak mengguris perasaan.

Siapa tak terasa bila kena sindir, tapi saya fikir industri ini kecil. Lambat-laun kita akan jumpa juga. Jadi saya tak mahu besarkan hal ini.

Menurutnya, perkara paling penting sekarang adalah bekerja dalam persekitaran harmoni dan menjaga emosi diri sendiri.

Fokus karier, serah isu lama pada peguam

Saidah Kamarudin

Bintang muda ini turut memaklumkan bahawa dia telah melantik peguam untuk sebarang perkembangan berkaitan isu dengan bekas tunangnya.

Saya dah serahkan kepada peguam. Saya sendiri pun tak nak ulas panjang sebab saya dah move on.

Imbas kembali kontroversi dengan Muntazar

Saidah

Nama Saidah pernah menjadi bualan hangat sekitar Jun lalu selepas dia mendedahkan bekas tunangnya hanya memiliki RM500 dalam akaun, dan menyifatkan lelaki itu tidak layak mendirikan rumah tangga.

Namun, Muntazar tampil mempertahankan diri dengan berkata dia sebenarnya memiliki sumber kewangan dalam bentuk pelaburan, bukan dalam akaun simpanan biasa.

Pasangan ini bertunang pada 5 Mei 2024, namun memilih untuk berpisah secara rasmi pada Mac 2025 selepas membawa haluan masing-masing sejak Oktober tahun lalu.

Pssttt! Kadang-kadang, yang terbaik adalah diam dan teruskan hidup. Tak semua orang akan faham kisah kita, dan kita tak perlu jelaskan semuanya. Fokus pada masa depan, bukan masa lalu.

Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas