Connect with us

Oh! Media

(Review) Cukup Hebatkah Filem Uncharted Untuk Saingi Game’nya di PlayStation?

Oh! Artis

(Review) Cukup Hebatkah Filem Uncharted Untuk Saingi Game’nya di PlayStation?

(Review) Cukup Hebatkah Filem Uncharted Untuk Saingi Game’nya di PlayStation?

Bagi penggemar permainan di PlayStation, Uncharted bukanlah satu nama francais yang baru buat mereka. Uncharted yang telah terjual lebih 41 juta unit merupakan sebuah game yang dibangunkan oleh Naughty Dog dan dipasarkan oleh Sony Interactive Entertainment khas untuk platform PlayStation sejak tahun 2007 lagi.

ADVERTISEMENT

Secara umumnya, Uncharted mengisahkan tentang seorang pemuda bernama Nathan Drake yang perlu mengembara untuk mencari harta misteri yang bersejarah di seluaruh dunia dalam masa yang sama sentiasa berdepan dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Idea untuk mengadaptasi Uncharted menjadi sebuah filem pastinya sangat mengujakan mereka yang meminati dan mengikut rapat perkembangan francais ini. Biarpun perlu berdepan pelbagai halangan dalam proses menyiapkan filem ini semasa fasa pandemik hingga ditunda beberapa kali, akhirnya pada 18 Februari 2022 lalu filem Uncharted yang dibintangi oleh Tom Holland, Mark Wahlberg, dan Antonio Banderas akhirnya dapat ditayangkan secara rasmi di pawagam seluruh dunia termasuklah Malaysia.

Sinopsis & Trailer:

Street-smart Nathan Drake (lakonan Tom Holland) telah direkrut oleh Victor Sullivan (Mark Wahlberg), iaitu “otai” dalam dunia pencarian harta karun. Victor Sulivan juga merupakan sahabat baik kepada abang kandung Nathan Drake iaitu Samuel Drake.

Misi mereka adalah untuk mendapatkan semula kekayaan yang dikumpul oleh Ferdinand Magellan (penjelajah Portugis) yang telah disembunyikan lebih 500 tahun lalu di House of Moncada.

Pada masa yang sama juga, ianya menjadi pencarian banyak pihak lain seperti Santiago Moncada (Antonio Banderas) dan kuncu-kuncu’nya sekaligus mencetuskan konflik perebutan antara kedua-belah pihak.

Apa pandangan kami tentang filem Uncharted ini?

Bagi kami, jika anda seorang penonton yang tidak pernah langsung bermain permainan Uncharted di Playstation, percayalah bahawa anda pasti akan menyukai filem ini. Tentunya tidak mungkin menjadi satu kesilapan untuk meletakkan harapan tinggi bagi filem yang berjaya membariskan pelakon hebat seperti Tom Holland, Mark Wahlberg, dan Antonio Banderas.

Penceritaan dari awal hingga habis sangat mudah untuk difahami tanpa perlu anda tahu tentang game’nya sekalipun. Ada banyak aksi serta ‘puzzle’ yang diketengahkan dalam filem ini sama seperti di konsol yang menjadikan filem ini begitu khayal untuk ditonton.

Victor Sullivan (Mark Wahlberg) & Tom Holland (Nathan Drake)

Bagaimana pula jika anda seorang penonton yang dah mengikuti game Uncharted ni sejak zaman PS3 lagi atau mungkin yang terkini di PS4? Sejujurnya, usah letakkan harapan yang terlalu tinggi untuk filem ini untuk mengikuti kisah dan jalan cerita seperti yang disajikan di dalam game. Kita perlu tahu pembikinan filem yang perlu diadaptasi dari game (popular pula tu!) bukanlah satu hal yang mudah di mana mereka bukan sahaja perlu menjaga hati peminat game Uncharted ni, tapi juga perlu menyajikan jalan cerita yang mudah difahami untuk penonton biasa.

Sebagai peminat Uncharted yang telah bermain semua perminannya di Playstation berulang-kali, bagi kami untuk meletakkan satu harapan yang tinggi bukan juga satu keputusan yang silap di mana kepuasan selepas menonton tu masih lagi tinggi biarpun tidaklah mencapai ‘expectation’ sebenar yang diharapkan.

Lakonan Tom Holland memang hebat, tapi jika anda mengenali watak Nathan Drake yang sebenar (di dalam game), bagi kami Tom Holland tidak begitu sesuai untuk membawa watak ini kerana Tom Holland cuma menjadi dirinya sendiri sahaja dalam filem ini dan bukanlah menjadi Nathan Drake. Begitu juga jalan cerita yang sedikit bercelaru antara game dan idea baru. Sebab itu kami katakan, filem ini lebih seronok untuk ditonton mereka yang langsung tidak pernah bermain permainan Uncharted di Playstation sebelum ini.

Apa yang penting, Uncharted tetap sebuah filem yang berbaloi untuk anda beli tiket dan layan bersama Popcorn! Berapa rating Ohmedia untuk filem ini? Dengan mudah, kami memberikan 7/10 bintang untuk Uncharted. Oh ya, jangan bangun dulu lepas filem habis ya kerana ada after credit yang sangat penting untuk kesinambungan filem Uncharted yang seterusnya nanti.

Enjoice!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas