Connect with us

Oh! Media

Saiful Apek Kecewa Dengan Kualiti Filem Duyung: Legenda Aurora

Ohmedia saiful apek duyung

Oh! Artis

Saiful Apek Kecewa Dengan Kualiti Filem Duyung: Legenda Aurora

Saiful Apek akui terima kecaman hebat susulan promosi filem Duyung Legenda Aurora dan luah kekecewaan terhadap aspek teknikal.

Nama Saiful Apek kembali jadi bualan hangat selepas promosi filem Duyung: Legenda Aurora ditayangkan kepada umum. Kali ini, bukan sebab lakonan atau lawak, tapi kerana reaksi penonton yang mengkritik kualiti visual dan teknikal filem tersebut.

Mengulas perkara itu, Saiful mengakui dia sendiri meletakkan jangkaan tinggi terhadap filem ini kerana ia merupakan sekuel kepada naskhah terdahulu yang pernah mencipta fenomena satu ketika dulu.

Saiful Apek akui terima kecaman hebat dari netizen

Menurut Saiful, kecaman yang diterima bukan sahaja di ruangan komen, malah turut masuk ke mesej peribadi. Katanya, ramai yang bertanya dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap hasil promosi filem Duyung Legenda Aurora.

IKLAN

Saya teruk kena hentam, bukan sahaja dekat komen, malah DM pun. Semua orang tanya saya. Saya rasa tak adil orang nak ‘hentam’ saya.- Katanya.

Beliau menjelaskan, jangkaan tinggi itu datang kerana filem ini adalah sekuel dan sepatutnya tampil lebih baik dari segi teknikal dan kualiti keseluruhan.

Bila orang tanya secara jujur, saya cakap memang jangkaan saya tinggi sebab ini sekuel. Kalau benda baharu, mungkin tak setinggi itu.- Katanya.

Aspek teknikal sepatutnya boleh dielakkan

Saiful turut berpendapat kebanyakan kelemahan yang diperkatakan penonton sebenarnya boleh dielakkan, walaupun dengan kos yang minimum. Katanya, banyak perkara teknikal boleh diperbaiki jika dirancang dengan lebih teliti.

Beliau turut mengingatkan bahawa filem ini diterbitkan oleh produksi berpengalaman yang pernah menghasilkan karya besar sebelum ini.

Saya tak dimaklumkan oleh pihak produksi atau kreatif. Tiba-tiba keluar teaser, treler pula baru keluar dalam masa terdekat sebelum tayangan.- Katanya.

Menurutnya, situasi itu menyukarkan pelakon untuk bersedia dari segi penerimaan dan jangkaan penonton.

Isu bajet bukan alasan utama

Mengulas isu kekangan bajet yang sering dijadikan alasan, Saiful berpendapat filem tersebut tidak sepatutnya diteruskan jika tidak mampu mencapai tahap kualiti yang sepatutnya.

Kalau dari awal bajet tak cukup, saya lebih rela cakap tak payah buat. Jangan buat kalau tak boleh capai tahap yang sepatutnya. Ia bukan tentang bayaran. Syarat saya mudah, jalan cerita kena kuat dan empat barisan utama mesti ada iaitu Maya Karim, Yasmin Hani, Yassin dan saya. Kalau cukup empat orang ini, saya setuju.- Katanya.

Pssttt! Ohmedia harap isu ini jadi pengajaran buat semua pihak dalam industri filem. Bila melibatkan sekuel dan nama besar, jangkaan penonton memang tinggi dan persediaan rapi dari awal sangat penting supaya hasilnya tak mengecewakan korang yang menunggu.

Kredit: Gempak
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas