Oh! Artis
Pelakon Veteran Dedah Produksi Filem Bayar Pelajar Praktikal RM150
Kartina Aziz dedah pelajar praktikal hanya tarik kabel dan dibayar RM150 je dalam produksi filem.
Industri filem ni nampak glamor je, tapi realitinya kadang buat kita terdiam. Itu yang diluahkan pelakon senior Kartina Aziz bila dia bongkar apa yang berlaku pada pelajar praktikal dalam set penggambaran.
Kartina Aziz dedahkan yang dia sendiri pernah tengok pelajar praktikal dari UiTM datang ke set sebagai pembantu pengarah, tapi kerja yang diberi langsung tak setimpal.
Kalau ikut jawatan, dia assistant director, tapi saya lihat dia hanya disuruh tarik kabel.- katanya.
Tak masuk akal pelajar hanya diberikan bayaran RM150

Benda ni memang mengecewakan sebab tujuan pelajar turun ke set adalah untuk belajar dan dapat pengalaman sebenar. Tapi kalau macam ni gayanya, apa yang diorang dapat?
Saya juga sempat tengok depan mata, ada pelajar yang bekerja dalam produksi filem cuma dibayar elaun sebanyak RM150.- Katanya lagi.
Pengarah profesional, tapi pelajar ditekan

Paling ironi, pengarah yang buat macam ni masih dipuji kononnya sangat profesional. Sedangkan pelajar pula kena ugut kalau tak buat kerja betul, terpaksa ulang peperiksaan.
Kartina tak setuju langsung dengan cara pengarah yang mempergunakan pelajar. Mereka sepatutnya diberi tugas ikut jawatan yang ditawarkan supaya mereka benar-benar belajar.
Pssttt! Lepas ni, pihak produksi lebih bertanggungjawab dalam latih pelajar praktikal. Diorang datang nak belajar, bukan jadi tenaga buruh murah. Jangan sebab nak jimat kos, masa depan orang lain yang jadi mangsa.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Pakai Kad Kredit Lagi Best Dari Debit, Aznah Sekolahkan Netizen Sampai Pandai | Oh! Podcast Ep21
OH! MEDIA 11/01/2026 3:00 PM