Trending
Rafidah Ibrahim Dibebaskan Dengan Jaminan, Polis Dedah Punca Sebenar Ketegangan Di Sungai Baru
Rafidah Ibrahim dibebaskan dengan jaminan polis, namun siasatan tetap diteruskan.
Pada
Rafidah Ibrahim dibebaskan dengan jaminan polis, namun siasatan tetap diteruskan.
Oleh
Baru-baru ini, selebriti Rafidah Ibrahim dan tiga lagi individu ditahan polis semasa Majlis Pecah Tanah Kampung Sungai Baru.
Terkini! Kosmo! melaporkan kesemua yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan semalam. Namun siasatan kes ini masih belum ditutup.
Menurut polis, tindakan menahan mereka bukan dibuat secara tergesa-gesa, sebaliknya berpunca daripada maklumat risikan yang diterima lebih awal sebelum majlis bermula.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata lagi, penahanan dibuat mengikut Seksyen 105 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) untuk mengelakkan sebarang gangguan terhadap ketenteraman awam.
Kita sudah beri jaminan semalam, penahanan dibuat kerana kita tidak mahu berlaku apa-apa kejadian yang boleh menjejaskan keselamatan. Kadang-kadang bila sesuatu sudah berlaku barulah mahu bertindak, dan ketika itu mungkin sudah terlambat, jadi lebih baik kita ambil langkah pencegahan.
Tambah beliau lagi, terdapat maklumat awal menunjukkan kemungkinan wujud ancaman semasa majlis berlangsung.
Dalam pada itu, polis turut menyiasat dakwaan ada seruan protes di TikTok pada 28 November lalu disyaki ada kaitan dengan majlis pecah tanah itu.
Pssttt! Kadang-kadang tindakan pencegahan nampak keras, tapi itu juga cara untuk hentikan sesuatu sebelum jadi lebih teruk. Harapnya siasatan ini dapat bagi gambaran lebih jelas nanti, dan tak ada lagi ketegangan di Sungai Baru selepas ini.
Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
DUN Melaka sah dibubarkan esok, 23 September 2026, selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Melaka, sekali...
Ananda Natasha tampil memohon maaf selepas videonya bersama ibu di KLCC mengundang kecaman warganet dan salah...
DUN Melaka dijangka dibubarkan petang ini bagi memberi laluan kepada PRN. Namun, setakat ini belum ada...
MB Negeri Sembilan Ismail Lasim menegaskan barisan Exco masih sah selepas pelantikan mereka dibatalkan Tuanku Muhriz...
Anthony Loke teruskan program rasmi di China termasuk mesyuarat APEC sebelum kembali ke Malaysia untuk urus...