
Trending
PU Abu Jelaskan Tujuan Tularkan Isu Jemaah Terkandas, Gembira Ustaz Firdaus Bantu
PU Abu yang merupakan mutawif umrah hanya mahu bantu, tiada kepentingan tularkan jemaah terkandas.
Selepas tiga hari terkandas di Jeddah, 43 jemaah akhirnya dapat pulang ke Malaysia malam ini.
PU Abu yang dipercayai mutawif rombongan itu gembira memaklumkan bahawa usaha membuahkan hasil selepas bayaran penerbangan dilunaskan oleh Ustaz Firdaus Firabib.
BACA: 39 Jemaah Umrah Terkandas Akhirnya Dijadual Pulang Malaysia Malam Ini
“Akhirnya kami akan pulang malam ini” – PU Abu
Beliau turut menyatakan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah serta semua pihak yang telah mendoakan dan memberi sokongan kepada mereka.
Saya tak tahu nak gambarkan kegembiraan saya, saya sangat bersyukur kepada Allah dan anda semua yang berdoa buat kami semua.
PU Abu turut menegaskan bahawa segala tindakan yang diambil sebelum ini bukan untuk kepentingan diri, sebaliknya demi membela nasib para jemaah yang terkandas.
Saya nak beritahu sekali lagi, apa saya buat hanyalah untuk membantu para jemaah. Tiada kepentingan dan keistimewaan. Dan kepada anda semua tolong ambil kesempatan di atas apa yang berlaku kepada kami.
Beliau tidak lupa menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ustaz Firdaus Firabib atas usaha gigihnya memastikan semua jemaah dapat pulang dengan selamat malam ini.
Untuk rekod, sebelum ini tular isu melibatkan 42 jemaah terkandas di Jeddah selepas tiket penerbangan pulang mereka tidak disediakan oleh syarikat umrah.
Pssttt! Alhamdulilah, yang penting semuanya sampai dengan selamat. Dan kepada travel agent yang terbabit, sila bertanggungjawab!
Kredit: Instagram Abu Sufyan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
