Connect with us

Oh! Media

(Video) Aksi Proton Wira Dikecam, Selamba Ambik Kesempatan Keatas Siren Bomba Untuk Elak ‘Jammed’

D109fd62 9c8d 4bfb b43e 37b6e9483537

Trending

(Video) Aksi Proton Wira Dikecam, Selamba Ambik Kesempatan Keatas Siren Bomba Untuk Elak ‘Jammed’

Di Malaysia, kita sering melihat kelibat bomba, ambulans dan polis berada di atas jalan dan memandu bersama kenderaan-kenderaan yang lain. 

Namun, apabila terjadinya kecemasan di sesuatu tempat barulah siren akan dibunyikan sebagai tanda untuk kenderaan-kenderaan yang lain memberi laluan dan bila dengar saja bunyi siren semestinya kita semua akan cepat-cepat memberikan laluan kepada kenderaan tersebut itu laluan bukan?

Tetapi, lain pula dengan video yang tular di TikTok baru-baru ini apabila sebuah Proton Wira dikatakan telah mengambil kesempatan diatas bunyi siren bomba kerana mahu mengelak daripada sesakkan lalu lintas.

IKLAN

Di dalam video tersebut, Proton Wira itu pada mulanya dilihat lansung tidak berganjak apabila kenderaan lain memberikan laluan kepada van bomba itu, malah Proton Wira tersebut turut menghalang jalan van bomba untuk bergerak. 

Lebih menyakitkan hati apabila dengan selambanya Proton Wira itu telah mengambil kesempatan dengan mendahului van bomba tersebut dengan menggunakan laluan yang yang telah diberikan oleh kenderaan lain bagi mengelak kesesakkan lalu lintas.

Menerusi rakaman dari dashcam van bomba itu, jelas memaparkan pemandu Proton Wira tersebut telah bertindak mengambil kesempatan apabila siren berbunyi.

Perkara itu juga turut menimbulkan kemarahan anggota bomba yang memuat naik video berkenaan di laman TikToknya dengan kapsyen;

“tolong beri kerjasama sekiranya mendengar siren kecemasan dan jangan contohi seperti pemandu yang berada di dalam video ini”.

Video rakaman dashcam itu juga turut dikongsikan di laman Twitter oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai @amirulaazim

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut telah meluahkan rasa berang dengan aksi selamba pemandu Proton Wira itu yang dilihat seolah-olah mementingkan diri dan tiada ‘common sense’.

73154489 1092 486a 9c55 67f9cafeb7e2
25971872 a877 4cba af93 b305ab832bd3
39d2137d 381f 4c29 9e93 576232ad8e49
16023405 71c1 4d87 8f0f 3501c09fe5c8

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas