Connect with us
kantin

Trending

Pihak Kantin Nafi Makanan Kotor Ada Lipas, Banyak Kali Tegur Kiosk Jual Makanan Sama

Wakil pengusaha kantin tampil menafikan dakwaan yang dibuat pelajar kononnya makanan di kantin sekolah tercemar.

Beliau menerusi hantaran mesej kepada Oh! Media memberitahu, dakwaan ada anak lipas adalah tidak benar sama sekali.

IKLAN
kantin

Katanya, kantin juga tidak pernah menerima aduan daripada mana-mana pihak mengenai anak lipas berkenaan. Lagi pula, nasi yang disediakan di kantin dalam bekas bertutup bukannya terdedah.

Individu ini juga kesal apabila ada pelajar menuduh ‘owner’ berkira sedangkan ‘owner’ selalu belanja pelajar jika mereka tak cukup duit untuk makan.

Saya tak tahu nak berkira celah mana lagi, nasi lemak biasa kami jual RM2, nasi lemak telur RM3, nasi lemak ayam RM4. Harga tak pernah naik ya dari mula since berniaga, kecuali nasi lemak telur tu.

Jelasnya, pengusaha kantin merakam video kerana sudah banyak kali menegur perbuatan kiosk menjual makanan sama seperti di kantin. Tapi teguran tak diendahkan.

kantin

Pada awalnya, ada kata sepakat kiosk hanya dibenarkan menjual makanan tertentu. Tup tup, kiosk menjual makanan yang sama seperti di kantin.

Dah banyak kali dia tegur dan mereka buat tak tahu je. Dekat orang atasan pun kami dah buat aduan tapi tak jalan apa-apa.

Pihak kantin merasakan tidak adil kerana kiosk berniaga senyap-senyap tanpa memaklumkan kepada orang kantin.

Tak kisah kalau bagitahu. Tapi hari kejadian tu dia dah masak banyak, tetiba ada yang meniaga. Siapa je tak sedih kan barang rugi macam tu je.

Sebagai pengusaha kantin, pihaknya perlu membayar sewa, modal barang basah, bil elektrik dan gaji pekerja.

Dahlah tak dapat untung, terpaksa tanggung rugi pula sebab makanan tak habis dijual. Siapa je tak marah, katanya.

BACA: “Ada Rambut, Anak Lipas” – Cikgu Kena Serang, Pelajar Dakwa Makanan Di Kantin Teruk

kantin

Jap!


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas