Connect with us

Oh! Media

Pernah Viral Sebab Curang, Lelaki Sikat Tepi Didakwa Sumbat Bekas Isteri Dalam Penjara

Hanafi - Oh! Media

Trending

Pernah Viral Sebab Curang, Lelaki Sikat Tepi Didakwa Sumbat Bekas Isteri Dalam Penjara

Pernah tular di media sosial sebelum ini mengenai kisah seorang suami yang curang dengan isterinya. Kisah itu menjadi perhatian ramai apabila isteri sendiri menyerbu suaminya sedang berdua-duaan dengan seorang wanita.

ADVERTISEMENT

BACA: “Langgar Etika, Integriti Penjawat Awam” – JKNJ Siasat Isu Viral Suami Curang

Terbaru, tular pula kisah melibatkan lelaki yang sama apabila dia didakwa memasukkan bekas isterinya ke dalam penjara atas alasan melanggar perintah mahkamah terhadap hak lawatan anak.

Helah bekas suami?

Seorang wanita yang mengaku sepupu kepada bekas isteri berharap pendedahan yang dibuatnya ini mendapat perhatian orang ramai termasuk Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Perkongsian berkenaan menceritakan bahawa bekas isteri telah melarang lelaki tersebut daripada berjumpa dengan anak mereka yang sedang dijangkiti penyakit HMFD dan positif COVID. Walau bagaimanapun, lelaki tersebut didakwa telah memutar belit kejadian itu di mahkamah.

https://www.tiktok.com/@apa.citer/video/7155773952860654874

Hakim mahkamah ignored the HMFD and the COVID results and asked the ex-husband “awak nak hukuman apa terhadap dia?”. And the a**hole cakap “masukkan dalam lokap 30 hari”.

Bekas suami didakwa memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara kepada bekas isterinya. Wanita ini mempersoalkan tindakan mahkamah yang didakwanya berat sebelah dan tidak adil.

Kenapa hakim mengendahkan medical proof dan arahan kuarantin KKM jika positif Covid? Dah tu ex tu tiada belas ihsan langsung terhadap ibu anaknya.

Perkongsian di media sosial itu telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mereka tidak bersetuju dengan tindakan lelaki itu. Hmm, apa pendapat pembaca?

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas