Connect with us

Oh! Media

Penolong Pegawai Majlis Daerah Labis Didakwa Tuntut ‘OT’ Palsu Lebih RM17k

Ohmedia pegawai Ot Palsu

Trending

Penolong Pegawai Majlis Daerah Labis Didakwa Tuntut ‘OT’ Palsu Lebih RM17k

Penolong pegawai didakwa 24 pertuduhan tuntutan elaun kerja lebih masa palsu semasa PRU-15.

Padah membuat tuntutan elaun lebih masa berjumlah lebih RM17,000, seorang penolong pegawai penilaian di Majlis Daerah Labis, Segamat dihadapkan ke mahkamah.

Lapor Kosmo!, tertuduh, Muhammad Fakhrurazie Abd. Razak membuat tuntutan tersebut sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada tahun 2022.

Tuntut OT palsu tanpa pengetahuan individu terbabit

Foto Malaysia Dateline

Mengikut kertas pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail, tertuduh disabitkan dengan 24 pertuduhan berjumlah RM17,548.80 melibatkan lapan individu berbeza.

IKLAN

Semua tuntutan itu dibuat antara Oktober hingga Disember 2022 tanpa pengetahuan individu terbabit.

Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta untuk dibicarakan.

Pegawai
Foto Kosmo Bazlan Ibrahim

Mahkamah membenarkan Muhammad Fakhrurazie diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.

Dua syarat tambahan turut dikenakan iaitu tertuduh perlu menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah serta melapor diri di Pejabat SPRM Segamat sebulan sekali.

Hakim Ahmad Kamal Arifin turut menetapkan 30 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk penyerahan dokumen berkaitan.

Pssttt! Isu ini sekali lagi membangkitkan persoalan tentang integriti penjawat awam dalam melaksanakan tugas. Duit rakyat bukan perkara kecil, dan jika benar berlaku penyelewengan, ia jelas mencemarkan nama baik institusi. Oh! Media berharap agar siasatan berjalan telus dan keadilan dapat ditegakkan.

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas