Connect with us

Oh! Media

Pengawal Peribadi Dedah Perangai Sebenar Fazura

Ohmedia fazura

Trending

Pengawal Peribadi Dedah Perangai Sebenar Fazura

Pengawal peribadi dedah sikap sebenar Fazura selepas hampir 10 tahun bersama. Ramai tersentuh lihat hubungan mereka yang penuh hormat dan kasih.

Perkongsian daripada pengawal peribadi Nur Fazura bernama Shahaszrin baru-baru ini mencuri perhatian ramai di media sosial apabila dia mendedahkan sikap sebenar selebriti itu selepas hampir 10 tahun bekerja bersama.

Menerusi satu hantaran di platform Threads, Shahaszrin menjawab pertanyaan netizen yang kagum dengan kesetiaannya menjaga keselamatan bintang popular itu selama hampir satu dekad.

Alhamdulillah tahun depan ngam 10 tahun aku bekerja menjaga keselamatan Fazura.

Jawapan aku simple je, aku ikhlas bekerja. Fazura sangat baik hati, jangan ambil kesempatan atas kebaikan orang. Jujur dan amanah. Tahu membezakan antara bos dan kawan.

Fazura balas dengan penuh kasih sayang

Fazura

Apa yang lebih menyentuh hati, Fazura sendiri turut membalas hantaran tersebut dengan penuh penghargaan terhadap Shahaszrin dan keluarganya.

IKLAN
Baca lagi

Ini juga membuktikan yang hubungan mereka bukan sekadar majikan dan pekerja, tetapi lebih kepada ikatan kekeluargaan.

Respon netizen mengenai Fazura

Pengawal Peribadi Fazura

Netizen yang membaca perkongsian itu turut tersentuh dan memuji sikap kedua-duanya. 

Ramai yang menganggap Fazura sebagai contoh selebriti yang merendah diri dan sangat menghargai orang sekeliling.

Faz bukan saja cantik luar, tapi dalam juga. Respect cara dia layan staf macam keluarga.

Pssttt! Hormati dan hargailah insan yang sentiasa berada di sisi kita dalam susah dan senang. Ikatan kepercayaan dan kejujuran itulah yang akan kekal selamanya.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas