
Trending
Pengasas eHATI Dan Suami Akhirnya Ditahan Polis
Pasangan suami isteri yang menjadi pengasas bersama program motivasi rumah tangga, eHATI telah ditahan polis hari ini.
Menurut laporan Kosmo, perkara ini disahkan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim yang memaklumkan bahawa serbuan dan beberapa tindakan susulan turut sedang dijalankan.
Pengasas eHATI dan suami telah ditahan. Maklumat lanjut menyusul selepas beberapa tindakan diambil termasuk serbuan dan tangkapan lain.
Suami dan pengasas eHATI ditahan, disiasat bawah tiga kesalahan

Terdahulu, program motivasi berkenaan mencetuskan kontroversi hangat di media sosial sehingga mendorong siasatan secara menyeluruh oleh pihak berkuasa.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, siasatan terhadap eHATI kini diklasifikasikan di bawah tiga jenis kesalahan utama:
- Seksyen 294 Kanun Keseksaan (kelakuan lucah di tempat awam)
- Seksyen 504 Kanun Keseksaan (menghina dan membangkitkan pecah keamanan)
- Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil
Peserta program akan dipanggil

Pihak polis juga akan memanggil semua peserta yang hadir dalam program tersebut bagi merakam percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.
Siasatan dijalankan secara menyeluruh bagi memastikan setiap aspek dakwaan dapat dinilai dengan adil.
Pssttt! Tak semua program motivasi itu bermanfaat. Sebelum sertai apa-apa kursus, semak dulu latar belakang penganjur agar tidak terjebak dengan kandungan yang menimbulkan kekeliruan atau melanggar undang-undang.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
