Connect with us

Oh! Media

Penduduk Kampung Sri Makmur Luah Rasa Sedih Diusir, Tak Sempat Buat Persediaan Berpindah

roboh

Trending

Penduduk Kampung Sri Makmur Luah Rasa Sedih Diusir, Tak Sempat Buat Persediaan Berpindah

Tular di media sosial rakaman video memaparkan suasana kecoh yang berlaku pada Isnin apabila kawasan tempat tinggal di Kampung Sri Makmur Gombak, Selangor dirobohkan.

ADVERTISEMENT

BACA: Ibu Dan Dua Anak Kena Halau Dari Rumah Sewa, Suami Pula ‘Buang’ Keluarga Lepas Kahwin Baru

Memetik laporan Scoop dan @Amrlamnnn di aplikasi X, tanah berkenaan sebenarnya adalah milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Perobohan dibuat bagi memberi laluan kepada pembangunan kondominium.

Penduduk kawasan itu memberitahu mereka menerima wang RM1,000 pada Jumaat dan diarahkan untuk berpindah dalam masa tiga hari.

Pada Isnin, jengkaut sudah membuat kerja perobohan membuatkan penduduk hanya mampu mengalirkan air mata.

Penduduk juga merasakan tindakan merobohkan rumah penduduk adalah zalim. Mereka tidak dapat berbuat apa-apa dengan nilai RM1,000 yang diberikan pada Jumaat.

https://twitter.com/Scoopdotmy/status/1795055473801998339

Penduduk berharap mereka diberikan lebih masa kerana ada yang masih menunggu pinjaman diluluskan untuk penempatan baru di Rumah Selangorku Seri Temenggung.

Di ruangan balas, ada netizen mendakwa isu ini bukan baru kerana notis berpindah dikatakan sudah diberikan sejak 2006.

roboh
roboh pkns

Lapor Scoop lagi, penduduk Kampung Sri Makmur pada 4 Mei lalu menghantar memorandum bagi menagih ‘janji’ Menteri Besar untuk memberikan pampasan perpindahan sebelum rumah mereka dirobohkan.

Namun, dalam satu surat bertarikh 24 April permohonan 10 daripada 24 keluarga ditolak kerana tiada bukti bahawa mereka menetap di Kampung Sri Makmur sejak 2006.

Kredit: Aplikasi X Scoop | Scoop.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas