Connect with us

Oh! Media

“Pelawak Ni Elektrik Di Masjid, Surau Kampung Dia Yang Bayar” – Ustaz Kazim Elias Dedah Pelawak Terkenal Pemurah Dan Rajin Bersedekah

Ohmedia kazim Elias

Oh! Artis

“Pelawak Ni Elektrik Di Masjid, Surau Kampung Dia Yang Bayar” – Ustaz Kazim Elias Dedah Pelawak Terkenal Pemurah Dan Rajin Bersedekah

Baru-baru ini tular satu video di media sosial mengenai pendedahan Ustaz Kazim Elias yang mendakwa seorang pelawak terkenal sebenarnya memiliki sikap yang pemurah iaitu suka bersedekah dan menderma.

Tanpa mendedahkan identiti, Ustaz Kazim berkata individu berkenaan yang juga jiran sekampung pelawak itu yang berasal dari Johor tampil berkongsi mengenai cerita itu.

Menerusi video itu, Ustaz Kazim telah menyenaraikan beberapa amalan mulia yang dilakukan selebriti itu sambil memberi ceramah di sebuah lokasi.

IKLAN
@firdausdrk

Allah sayang kepada orang yg suka bersedekah. Semoga perkongsiaan ini memberi seribu manfaat kepada siapa yg mendengarnya. #fypage #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo #dakwah_islam #dakwah #dakwahtiktok #5millionviews #fypシ゚viral

♬ 孤独的牧羊人排箫演奏 – 骆礼钧

Pelawak ni, elektrik di masjid, di surau kampung dia yang bayar. Orang tak ada duit datang kedai, dia bagi makan percuma.

Mak bapak dia pulak anak dia tak bagi berniaga dah tapi sebab ada pekerja, ada yang ibu tunggal, ada yang orang susah. Kalau tutup kedai, macam mana nasib pekerjanya.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim menyifatkan amalan yang dilakukan oleh pelawak berkenaan menyebabkan dia tidak pernah miskin dan makin murah rezeki kerana selalu bersedekah.

Screenshot 671

Sebagaimana sabda Nabi, tidak akan berkurang harta dengan sebab kita bersedekah.

Meninjau ke ruangan koemn, rata-rata warga netizen telah meneka pelawak tersebut adalah Jep Sepahtu kerana ada persamaan iaitu ibu dan bapa Jep merupakan peniaga kedai makan di Johor.

Screenshot 673

BACA: “Apakah Kita Nak Cakap Isteri-Isteri Baginda Itu Dengan Gelaran ‘Penyondol’?” – Ustaz Kazim Elias

Sebelum ini, Ustaz Kazim Elias tampil memberi penjelasan mengenai gelaran ‘penyondol’ dan meminta orang awam lebih berhati-hati dalam menggunakan gelaran khususnya dalam isu poligami.

Kredit: TikToK

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas