Connect with us

Oh! Media

“Apakah Kita Nak Cakap Isteri-Isteri Baginda Itu Dengan Gelaran ‘Penyondol’?” – Ustaz Kazim Elias

ustaz kazim

Oh! Islam

“Apakah Kita Nak Cakap Isteri-Isteri Baginda Itu Dengan Gelaran ‘Penyondol’?” – Ustaz Kazim Elias

Siapa sahaja yang berkahwin dengan suami orang lain, wanita itu pasti akan digelar sebagai ‘penyondol’. Sama ada dengan izin isteri pertama ataupun tidak, gelaran itu pasti akan diterima oleh mereka.

ADVERTISEMENT

Jadi adakan gelaran ‘penyondol’ ini patut atau kita dianggap melawan takdir? Ini apa kata Ustaz Kazim Elias

Trend tersebut sememangnya membuatkan pendakwah terkenal, Ustaz Kazim Elias berasa bimbang dan tidak gemar wanita lain digelar sebagai ‘penyondol’.

Ustaz Kazim menegur segelintir netizen yang mengelarkan seseorang sebagai ‘penyondol’ sedangkan di sisi syarak, keadaan tersebut dibenarkan.

Baginda Rasullah SAW juga mempunyai lebih daripada seorang isteri, apakah kita nak cakap isteri-isteri baginda itu dengan gelaran berkenaan?

Bahkan pendakwah itu berasa bimbang melihat trend tersebut semakin berleluasa di laman media sosial, lagi-lagi dalam kalangan wanita yang terbawa dengan emosi sekali gus melabel wanita mengahwini suami orang sebagai ‘penyondol’.

Menurutnya, ia seolah-olah memberi gambaran bahawa berkahwin lebih daripada satu adalah salah di sisi Islam, sedangkan tidak begitu.

Kata Ustaz Azhar lagi, dia meminta agar orang awam lebih berhati-hati apabila memberi gelaran khususnya tentang perkara yang sudah dibenarkan di sisi agama Islam iaitu berpoligami.

Kredit: Gempak

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas