Connect with us

Oh! Media

Digelar Sebagai Hari Bersejarah, Netizen Seru Isu Jalanraya Berbahaya Diambil Tindakan

Ac5280de 0807 4b25 9144 3ac2805632ae

Trending

Digelar Sebagai Hari Bersejarah, Netizen Seru Isu Jalanraya Berbahaya Diambil Tindakan

Semalam viral di laman sosial apabila Menteri Sains dan Teknologi, YB Khairy Jamaluddin telah mengalami kecederaan di bahagian muka semasa beliau sedang berbasikal di Kuala Langat.

YB Khairy dilihat telah memaklumkan kejadian yang menimpa dirinya itu dengan memuat naik beberapa keping gambar di akaun Twitter miliknya. 

Sebaik saja posting itu dibuat, pihak JKR Kuala Langat menerusi akaun Twitter rasmi mereka telah memohon maaf kepada YB Khairy.

IKLAN

Respon daripada JKR itu telah mendapat perhatian ramai netizen di Twitter dan lebih mengejutkan apabila netizen turut menggelarkan kejadian yang berlaku pada hari ini sebagai hari yang bersejarah apabila jalan itu dilihat telah pun diturap semula oleh JKR.

62f980a9 cc00 4322 bca7 d97c0080d452

Disebabkan oleh tindakan itu, rata-rata netizen di laman Twitter telah meluahkan rasa marah dan tidak puas hati mereka di ruangan komen posting itu.

3e85d94d 9980 4480 ad22 c5236e117cb4
278557d4 d132 4f66 8935 73060ca47b23
44b2a939 c297 424d 9f86 02e1b1a26657
F69fdabc e9e7 4ce5 b79d b6a23ad513d5

Netizen juga turut mencadangkan agar semua menteri untuk berbasikal seperti YB Khairy, supaya mereka dapat melihat dengan sendiri betapa teruknya kualiti sesetengah jalanraya di Malaysia.

Ada betulnya juga apa yang dikatakan oleh netizen dan tidak dinafikan apabila ada rakyat biasa yang membuat aduan mengenai kondisi jalanraya, ianya selalu dilihat akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

Kredit: Khairy Jamaluddin

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas