Trending
Netizen Sebak Lihat Bapa Sanggup Teman Anak Masuk Mesin Untuk Buat Rawatan Saraf Otak
Baru-baru ini video seorang bapa yang sanggup menemani anaknya masuk ke dalam mesin untuk membuat rawatan saraf otak telah mendapat perhatian ramai.
Difahamkan anak sulung daripada tiga beradik, Mohamad Nur Iman Ramadhani telah menghidap gangguan saraf otak (adrenoleukodystrophy).
Video Yang Dimuat Naik Bapa Iman
Bapa kepada iman telah memuat naik satu hantaran video di aplikasi TikTok memaparkan Iman hadir di sebuah klinik untuk mendaptkan rawatan Terapi Oksigen Hiperbarik.
Terapi tersebut memerlukan pesakit untuk masuk ke dalam mesin yang menyalurkan 100 peratus oksigen yang mempunyai tekanan lebih besar daripada biasa.
Apa yang membuatkan netizen lebih sebak apabila dalam video tersebut kelihatan bapa kepada Iman telah memasuki ke dalam ruang mesin tersebut untuk menemani anaknya itu.
Mejengah ke ruangan komen ramai yang mendoakan agar adik Iman diberikan kesembuhan seperti sedia kala.

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM