Connect with us

Oh! Media

Trending

Kerana Hutang Bapa Buat Laporan Palsu Kehilangan Anak, Kini Direman 7 Hari

Seorang bapa berusia 41 tahun direman selama tujuh hari selepas membuat laporan palsu mengenai kehilangan empat anaknya di kawasan Mutiara Rini, Johor Bahru.

Menerusi laporan Sinar Harian, suspek pada mulanya melaporkan bahawa anak-anaknya, yang berusia antara dua hingga lapan tahun telah hilang. Namun, siasatan polis mendapati bahawa laporan tersebut adalah palsu.

IKLAN

Menurut pihak berkuasa, suspek gagal memberikan lokasi sebenar kehilangan anak-anaknya, susulan itu ia menimbulkan kecurigaan terhadap laporan yang dibuat.

Selepas penyiasatan lanjut, polis mendapati kesemua anak-anaknya berada di rumah isteri suspek dalam keadaan selamat.

Siasatan menunjukkan suspek sering mengabaikan anak-anaknya dan dipercayai mempunyai hutang dengan pihak lain.

Disebabkan rasa takut anak-anaknya diganggu oleh pemberi hutang, suspek membuat laporan palsu bagi melindungi diri.

Perintah reman selama tujuh hari terhadap suspek dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Mohamad Ridhwan Syarizal.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengabaian, dan Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Sinar Harian


Penulis separuh masa di OhMedia | Suka menjelajah dunia

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas