Connect with us

Oh! Media

Netizen Sakan Jodohkan Zizan Razak Dan Ira Kazar, Jawapan Tuan Badan Buat Ramai Terdiam

Ohmedia zizan Razak Ira Kazar

Trending

Netizen Sakan Jodohkan Zizan Razak Dan Ira Kazar, Jawapan Tuan Badan Buat Ramai Terdiam

Zizan Razak jelaskan hubungannya dengan Ira Kazar cuma seperti adik-beradik selepas netizen sakan menjodohkan mereka.

Pelawak terkenal, Zizan Razak dan pempengaruh media sosial, Ira Kazar dilihat selamba melayan usikan netizen yang cuba menjodohkan mereka berdua.

Menerusi potongan klip sesi siaran langsung di TikTok, Zizan tampil menjelaskan hubungan mereka sebenarnya tidak lebih sekadar seperti adik-beradik.

“Kami dah macam adik-beradik…” – Zizan Razak

@viewkomen

ramai nak zizan kahwin dengan ira kazar

♬ original sound – kakikomen – kakikomen

Pelakon filem Polis Evo itu turut mengakui, keadaan akan menjadi agak janggal sekiranya mereka benar-benar dijodohkan sebagai pasangan suami isteri.

IKLAN

Kita dah macam adik beradik lepas itu tiba-tiba kahwin macam janggal juga.

Jawapan ringkas namun jujur itu nyata mencuri perhatian ramai.

Netizen puji Ira Kazar makin berseri

Ira Kazar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kecantikan Ira Kazar yang semakin berseri-seri, selain ada yang tetap mendoakan jodohnya bersama pelawak berusia 41 tahun itu.

Usikan demi usikan terus memenuhi ruangan komen walaupun jawapan Zizan sudah cukup jelas.

Untuk rekod, Ira Kazar pernah mendirikan rumah tangga dengan pengarah dan pelakon Syamsul Yusof pada 6 Januari 2024 di Selatan Thailand.

Namun, perkahwinan itu berakhir apabila mereka sah bercerai talak satu pada 5 September 2024 di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Pssttt! Bergurau itu biasa, tapi soal jodoh biarlah empunya diri tentukan. Doakan yang baik-baik, selebihnya serahkan pada takdir.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas