Connect with us
al fateh

Trending

“Tunggu Mummy Di Syurga Ye” – Anak Maut Di Tangan Pengasuh, Ibu Al Fateh Kongsi Kronologi Kes

Seorang pengasuh taska dihadapkan ke Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka hari ini di atas pertuduhan membunuh seorang bayi lelaki berusia lapan bulan.

Tertuduh, Nor Afifah Abdullah Shuhaimi yang memakai jubah hitam dan tudung labuh dilihat menangis teresak-esak ketika pertuduhan dibacakan.

IKLAN

Namun, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Terbaru, ibu kepada mangsa, Muhamad Al Fateh Amri Mohd Fikry Amri tampil dengan satu kronologi kes menceritakan kejadian pada hari itu.

Menurut ibu, Al Fateh dihantar ke taska kira-kira jam 7.10 pagi. Pada jam 9.06 pagi, ibu menerima panggilan menyatakan Al-Fateh biru dan diminta segera ke taska.

al fateh

Setibanya di taska, Al Fateh dalam keadaan terkulai pucat dan ada darah mengalir dari hidung. Ibu segera ke bahagian kecemasan Hospital Alor Gajah.

Pemeriksaan doktor mendapati tiada denyutan jantung dan bebola mata tiada respon. Doktor sedaya upaya menyelamatkan Al Fateh dengan memberi bantuan pernafasan.

15 minit kemudian, doktor meminta ibu masuk untuk membacakan syahadah di telinga Al Fateh. Katanya, ketika itu dahi Al Fateh sudah sejuk dan pucat tidak bergerak.

Ibu membacakan syahadah dan sempat membisikkan supaya anaknya itu menunggunya di syurga.

pengasuh

Pada jam 1 tengah hari, pegawai penyiasat polis bersama ahli keluarga ke taska untuk menyemak rakaman CCTV.

Bapa Al Fateh sangat marah dan menceritakan apa yang disaksikan dalam CCTV. Sungguh menyedihkan kerana anak sekecil itu perlu berjuang sehingga ke penghujung nyawa.

al fateh

Hasil siasatan bedah siasat yang selesai pada jam 9.30 malam mendapati Al Fateh meninggal dunia akibat lemas.

Pada pukul 10.30 malam, jenazah dimandikan oleh ibu kerana bapanya tidak sanggup melihat keadaan anak yang berjahit di kepala dan dada untuk dibedah siasat.

Selesai solat jenazah, Al Fateh selamat dikebumikan kira-kira jam 11.50 malam pada hari Jumaat yang mulia.

Dengan penuh rasa sayu, si ibu berharap anaknya berbahagia di syurga dan akan mengumpul pahala untuk bertemu semula dengan anaknya kelak.

al fateh

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Kosmo! | Facebook mohdfikry.amri.5


Editor-In-Chief. Penulis sepenuh masa di Oh! Media berkaitan isu viral dan trending di media sosial.

Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas