Connect with us

Oh! Media

“Saya Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Yang Maksimum” – Bapa Al Fateh

Ohmedia bapa Al Fateh

Trending

“Saya Akan Ambil Tindakan Undang-Undang Yang Maksimum” – Bapa Al Fateh

Bapa kepada Muhammad Al Fateh Amri, bayi 8 bulan yang dibunuh pengasuh di sebuah taska di Taman Kelemak Utama, Alor Gajah, Jumaat lalu mahu menuntut keadilan buat anaknya.

Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri Abd Halim menerusi hantaran di Instagram mahu pengasuh dan pengusaha taska bertanggungjawab di atas apa yang berlaku.

Al Fateh

Beliau dan isteri akan mengambil tindakan undang-undang yang maksimum supaya pelaku tidak terlepas.

IKLAN

Beliau memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya memandang serius kes ini.

Saya tidak mahu ada lagi anak-anak taska yang menjadi mangsa korban seterusnya. Pihak berwajib sila jalankan amanah dan tanggungjawab. Pangkat dan jawatan diberi adalah untuk berkhidmat kepada rakyat. Nanti di akhirat kelak, kita semua akan dihisab di hadapan Allah.

Jelasnya, hukuman maksimum bertujuan untuk memberi pengajaran keapda pengasuh dan pengusaha taska supaya mematuhi SOP yang sepatutnya.

Ohmedia bapa Al Fateh

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Instagram Mohd Fikry Amri


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas