Connect with us

Oh! Media

LG & will.i.am Lancar “xboom by will.i.am”, Audio Baru Dengan Gaya!

Ohmedia lg xboom bounce 1536x861

Branded

LG & will.i.am Lancar “xboom by will.i.am”, Audio Baru Dengan Gaya!

Siapa kata speaker & earbuds cuma pasal bunyi? LG kali ni bergabung dengan artis dan tech entrepreneur terkenal, will.i.am, untuk hasilkan siri “xboom by will.i.am” yang merupakan gabungan audio mantap dengan design penuh gaya.

Semua produk ni datang dengan ciri AI yang power, jadi bunyi boleh auto-adjust ikut vibes muzik dan suasana sekeliling.

Stage 301: Untuk Party All Night Long

1 2

Kalau korang jenis suka lepak ramai-ramai, jadi tuan rumah party atau suka busking, Stage 301 memang ngam. Speaker ni ada woofer besar, sound power habis, siap ada lighting ikut beat lagu.

Lagi best, bateri tahan sampai 12 jam dan boleh tukar on the go. Letak kat ruang tamu atau bawa keluar sekali pun, confirm suasana jadi lagi hidup.

Bounce: Teman Chill & Santai

2 2

Nak layan muzik masa lepak kat bilik, balcony, atau bawa sekali masa picnic? Bounce datang dengan bunyi refined yang highs clear, bass pun padu.

Design dia stylish, siap ada strap yang senang nak sangkut kat kerusi atau pintu. Sesuai untuk korang yang suka chill sambil dengar playlist favourite.

Grab: Kompak, Kuat & Outdoor Friendly

3

Kecil-kecil cili api, itulah vibe Grab. Walaupun size dia compact, sound tetap mantap dengan bass yang hidup. Plus, dia rugged habis dengan IP67 water serta dust resistant, siap military grade durability.

Ni jenis korang yang suka bawa speaker time riadah sangat sesuai, senang nak bawa jogging, kayuh basikal, atau masuk dalam backpack masa hiking. Confirm tahan lasak.

xboom Buds – Teman Jogging & Harian

4

Ni sebenarnya first time LG keluarkan earbuds untuk siri xboom, dan hasilnya memang solid. xboom Buds ada graphene drivers untuk bunyi clear & bass padu, siap Active Noise Cancelling kalau nak block bunyi luar.

Bateri pun tahan lama, sampai 30 jam dengan casing. Memang sesuai untuk jogging, gym, commuting, atau sekadar layan muzik masa chill sendiri.

Sama ada korang suka party, santai kat rumah, outdoor adventure atau workout, siri “xboom by will.i.am” memang ada satu produk khas untuk setiap lifestyle. LG berjaya gabungkan audio power dengan design stylish – sesuai untuk generasi yang nak muzik lebih daripada sekadar bunyi.

Produk ni dah pun masuk Malaysia. Kalau nak explore lebih, korang boleh check terus di LG XBOOM Malaysia.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas