Connect with us

Oh! Media

“Rumah Sebelah Pun Nak Order Grab?” – Pemandu E-Hailing Tersentak Tengok Penumpang

ohmedia pemandu grab pakcik tua

Oh! Inspirasi

“Rumah Sebelah Pun Nak Order Grab?” – Pemandu E-Hailing Tersentak Tengok Penumpang

Perkongsian seorang pemandu e-hailing di TikTok baru-baru ini telah mencuri perhatian netizen. Kisahnya yang menyentuh hati mendedahkan pengajaran besar tentang pentingnya bersangka baik, walaupun ia perkara kecil.

Pemandu Grab pelik tengok penumpang order…

image

Pemandu e-hailing tersebut menerima tempahan daripada seorang penumpang warga emas. Pada awalnya, dia rasa hairan selepas melihat jarak rumah penumpang itu yang sangat dekat.

Rumah seberang jalan pun nak order Grab ke?- Katanya.

Namun, sebaik tiba di lokasi, pemandu tersebut mendapati penumpang itu adalah seorang warga emas yang menggunakan tongkat dan sukar untuk berjalan. Situasi ini membuatkan hatinya tersentak.

IKLAN

Setiap orang ada dugaannya…

Momen itu menjadi pengajaran besar buat pemandu tersebut. Melalui hantaran TikTok, dia mengingatkan diri dan orang lain supaya sentiasa bersangka baik terhadap individu yang tidak kita kenali.

Allah nak ajar abang supaya sentiasa bersangka baik hatta sekecil-kecil benda.- Katanya.

Hantaran ini mendapat respons positif daripada netizen yang turut bermuhasabah diri. Ramai memuji tindakan pemandu tersebut yang tetap menerima tempahan walaupun jaraknya dekat.

Netizen turut menyatakan penghargaan kepada pemandu itu kerana membantu warga emas tersebut. Mereka juga membayangkan bagaimana perasaan lelaki berkenaan sekiranya tiada siapa yang menerima tempahannya.

#OhmediaNasihat

Kadang-kadang, perkara kecil seperti menerima tempahan jarak dekat boleh membawa pengajaran besar dalam hidup kita. Jangan cepat menghakimi situasi orang lain kerana kita tidak tahu cabaran yang mereka hadapi. Bersangka baik itu sebenarnya satu kebaikan yang besar!

ohmedia pemandu grab pakcik tua

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: TikTok


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
M. Hafizal Ketua Editor
Sebagai Ketua Editor di Oh! Media, Hafizal komited menyajikan berita terkini dan isu viral yang paling hangat di Malaysia. Ikuti penulisan Hafizal untuk liputan isu semasa dan gaya hidup yang sentiasa dekat dengan jiwa rakyat tempatan.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas