Oh! Tidak
Lepas Buat Permohonan Maaf, Kilang Edar Stoking Kalimah ALLAH Tutup
Selepas terus ditekan tanpa henti, kilang pengedar stoking kontroversi dengan kalimah ALLAH telah menutup operasi bermula hari ini.
BACA: Kalimah Allah Tertera Pada Stoking, KK Super Mart Jelaskan Ia Datang Dari Pihak Vendor
Syarikat Xin Jian Chang Sdn Bhd mengambil keputusan untuk menutup kilang mereka sehari selepas mendakwa menerima ancaman premis akan dibakar dan data peribadi pegawai syarikat juga sudah terdedah.
Notis penutupan itu digantung mereka di hadapan pagar utama kilang yang turut membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.
Kami dengan ikhlas memohon maaf atas kejadian berkaitan sarung kaki yang memaparkan perkataan sensitif yang tidak disengajakan.
Kami berjanji atas komitmen untuk sentiasa memastikan sensitiviti masyarakat berbilang agama terjaga. Memastikan keharmonian terpelihara. Meningkatkan usaha kawalan kualiti.
Kami dengan sekali lagi memohon maaf kepada semua rakyat Malaysia.

Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM