Connect with us

Oh! Media

sandwich

Trending

Isu Sandwic ‘Ham And Cheese’, KK Super Mart Gantung Urus Niaga Pembekal Serta-Merta

Baru-baru ini, JAKIM mengesahkan produk sandwich ham and cheese yang dijual di Universiti Malaya (UM) tidak mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan syarikat yang menghasilkan produk itu bukan pemegang SPHM.

Susulan itu, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd (KK Super Mart) bertindak pantas menggantung urus niaga dengan pengeluar produk sandwich ham and cheese tersebut.

IKLAN

KK Mart beku semua produk daripada pembekal

kk mart

Keputusan ini melibatkan pembekuan kemasukan produk di semua premis mereka serta kerjasama penuh diberikan kepada pihak berkuasa seperti Jakim dan KPDN yang menjalankan siasatan terhadap pengeluar produk tersebut.

Untuk makluman semua pihak, produk sandwic ini dikilangkan dan diusahakan oleh syarikat terbabit dipasarkan kepada pelanggan melalui beberapa platform perniagaan, antaranya adalah di rangkaian KK Concept Store.

Penjelasan daripada kami adalah, pihak syarikat terbabit telah mengemukakan sijil halal bagi ‘chicken ham’ (kepingan ayam) dan kepingan keju tersebut. Tulisan yang dipamerkan pada bungkusan roti sandwic tersebut serta penulisan perkataan ini adalah daripada pihak syarikat terbabit.

Memetik laporan Sinar Harian, hanya 16 KK Concept Store terlibat dengan produk tersebut dan KK Super Mart telah melaporkan insiden ini kepada pihak polis serta menghantar Surat Tuntutan (LOD) kepada syarikat pengeluar.

Dua premis dalam UM ditutup

sandwich ham

Terdahulu, dua premis di dalam kampus UM telah ditutup selepas penemuan produk sandwich yang diragui status halalnya.

Siasatan telah dilakukan oleh pihak Jakim dan mendapati logo pada label menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 iaitu Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

#OhmediaNasihat

Orang ramai dinasihatkan untuk menyemak status halal melalui Portal Halal Malaysia atau aplikasi Verify Halal jika ada sesuatu yang meragukan. Bagi pembekal pula, penting untuk mendapatkan kepercayaan daripada pelanggan, janganlah pula ambil kesempatan!

sandwich

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Lagi dalam kategori Trending

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas