Oh! Artis
“Saya Tidak Lagi Mengejar Populariti” – Nora Danish Percaya Pada Rezeki Allah, Tolak Berlakon Babak Bersentuhan
Pelakon jelita, Nora Danish sekali lagi menjadi bualan netizen apabila mendedahkan dia tak mahu berlakon babak bersentuhan dengan yang bukan mahram selepas berhijab.
Menurut laporan Media Hiburan, Nora berpendapat industri seni sudah makin terbuka dengan artis yang sudah mengenakan tudung.
Tambahnya, dia juga tak risau dengan rezeki di dalam industri ini kerana percaya dengan ketentuan Allah SWT.
Memang benar. Saya tidak lagi mengejar populariti. Pada usia sekarang, Allah sudah kurniakan rezeki yang tidak putus-putus buat saya.
Saya sudah tidak mengharapkan apa-apa lagi di dunia ini. Fokus saya kini hanya pada Allah.
Dia juga tak percaya bila ada pihak yang kata peluang dan rezeki sebagai artis akan berkurang selepas berhijab kerana rezeki ada di mana-mana.
Akui istiqomah bukan mudah
Nora juga menjelaskan dia akan tetap menempuh segala dugaan yang datang kerana Allah telah menunaikan segala permintaannya.
Bila kita nak buat kebaikkan, memang banyak dugaan.
Walaupun saya bercerai, Allah buatkan saya mudah lupa pada kesedihan. Mungin itu kurniaan Allah buat saya. Saya jadi cepat move on.
Nora juga mengakui cabaran untuk terus istiqomah dan sempat meminta semua pihak untuk mendoakan yang baik-baik untuknya.

Jap!
Lepak dulu baca komen kat Facebook…
Kredit: Media Hiburan
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM