Connect with us

Oh! Media

Oh! Tidak

Pengarah Syarikat Pastri Mengaku Tak Bersalah Guna Logo Halal Palsu

Sebuah syarikat pastri terkenal, Shake and Bake Cafe Sdn Bhd, bersama pengarahnya, Ewe Sarn Yeun, 65, telah dihadapkan ke dua Mahkamah Sesyen atas tuduhan menggunakan logo halal palsu.

Kes ini melibatkan 366 sandwic pelbagai jenis yang menjadi tular di KK Mart Universiti Malaya (UM) awal Januari lalu.

IKLAN

Ewe, yang juga Pemastautin Tetap (PR) Amerika Syarikat, mengaku tidak bersalah atas semua 12 pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Dr Sharliza Warnoh dan Noor Ruzilawati Mohd Nor.

Sandwic logo halal palsu cetuskan kebimbangan…

Mengikut pertuduhan, syarikat itu didapati menggunakan logo halal Malaysia secara tidak sah untuk menunjukkan bahawa makanan tersebut boleh dimakan oleh orang Islam.

Produk yang terlibat termasuk, 50 Mixed Tuna Sandwic, 43 Mixed Potato Sandwic, 77 Mixed Chicken Sandwic, 74 Egg Mayo Sandwic, 66 Ham & Cheese Sandwic dan 56 Chili Crabstick Sandwic.

Jika sabit kesalahan, Ewe boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara sehingga tiga tahun. Untuk kesalahan berulang, denda boleh meningkat sehingga RM250,000 atau penjara maksimum lima tahun.

#OhmediaNasihat

Logo halal adalah simbol kepercayaan yang melibatkan sensitiviti agama dan keselamatan pengguna. Kes seperti ini menunjukkan betapa pentingnya ketelusan dan kejujuran dalam industri makanan, terutamanya apabila melibatkan produk untuk pengguna Islam.

Kita sebagai pengguna perlu lebih berhati-hati dan memilih produk daripada sumber yang sah dan dipercayai.

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro


Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas