Connect with us

Oh! Media

“Korang Bukan Tuhan Jadi Saya Tak Perlu Buktikan Kepada Korang” – Leona Tak Mahu Berubah Disebabkan Orang Lain

Leona 2

Oh! Artis

“Korang Bukan Tuhan Jadi Saya Tak Perlu Buktikan Kepada Korang” – Leona Tak Mahu Berubah Disebabkan Orang Lain

Nama pempengaruh, Kasih Iris Leona sering menjadi tumpuan kerana pakaiannya yang dianggap terlalu seksi selain daripada perwatakannya yang kelakar di media sosial. Susulan itu, anak kepada pelakon, Azhar Sulaiman telah bersuara dan menjelaskan isu ini.

BACA: Kasih Iris Leona Dedah Pendapatan Sebulan Cecah RM10k Hingga RM20k

Menerusi temu bual di Podcast Apa Cerita?, Leona berkata dia tak perlu persetujuan sesiapa tentang apa yang dilakukan dalam hidupanya dan juga penampilannya.

IKLAN

Dia juga berpendapat ramai netizen di Malaysia tidak menyukainya kerana pakaiannya yang seksi dan mengakui telah menerima kecaman hebat dari netizen.

Pada akhirnya itu antara saya dan Tuhan. Korang bukan Tuhan jadi saya tak perlu buktikan kepada korang.

Tapi saya tahu siapa diri saya dan saya tak perlu buktikan diri saya kepada orang lain.

Leona dan azhar sulaiman

Leona juga menegaskan jika satu hari nanti dia mahu berubah, dia akan berubah kerana diri sendiri dan bukannya disebabkan tanggapan orang terhadap dirinya.

Saya baca dan terima teguran semua. Terima kasih kerana ambil berat tentang saya tapi tolong jangan pedulikan saya.

Satu hari orang suka saya dan satu hari juga mereka boleh benci saya.

Dia juga menasihatkan supaya netizen yang aktif di media sosial tak perlu ambil kisah dengan hidup orang lain.

Ada betul juga kata Mekna ni. Janganlah kita terlalu sibuk menilai orang sampai lupa kita juga ada kekurangan. Marilah kita doakan Mekna diberi hidayah satu hari nanti.

Kredit: Youtube | TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Shazwani Athira
Shazwani, bekas pelajar internship di Oh! Media dan pernah berkhidmat sebagai penulis separuh masa yang fokus pada isu-isu trending dan topik hangat, memastikan pembaca sentiasa mendapat berita yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas