
Trending
Hantaran Terbaru Kasih Iris Leona Undang Perhatian
Kasih Iris Leona kini terpikat dengan lelaki Sepanyol selepas melancong ke Málaga. Siap nak belajar bahasa Sepanyol demi cinta?
Pempengaruh media sosial terkenal, Kasih Leona, sekali lagi mencuri perhatian apabila secara terbuka mengaku kini terpikat dengan lelaki berbangsa Sepanyol selepas menikmati percutian solo ke Málaga, Sepanyol baru-baru ini.
Menurut laporan mStar, Leona memuat naik satu video di Tiktok kelihatan ceria menikmati suasana Eropah sambil berkongsi perubahan minat terbarunya.
Saya serius! Saya akan berhenti belajar bahasa Mandarin kerana lelaki Sepanyol menepati cita rasa saya yang baru! Saya akan belajar bahasa Sepanyol.
Leona dah mula belajar bahasa Sepanyol?

Dalam video sama, Leona kelihatan begitu bersemangat apabila menyebut perkataan “Ola” (hai) sebagai tanda permulaan dirinya belajar bahasa Sepanyol – mungkin sebagai persediaan kalau terserempak dengan jejaka impian!
Aksi spontan dan jujur Leona itu nyata mencuit hati netizen yang rata-ratanya terhibur dan menyokong minat baharunya.
“Mesti lelaki tu lagi tua!” – Netizen

Tidak kurang juga yang berseloroh mengaitkan kenyataan Leona dengan minatnya terhadap lelaki lebih berusia, merujuk kepada pengakuan lamanya tentang ciri lelaki idaman.
Adakah dia lebih tua sedekad?
Memang saya boleh relate… Bila tak kena dengan jiwa, kita tukar haluan.
Namun, Leona sempat menjelaskan dia tidak bercakap tentang sesiapa secara spesifik, sekadar berkongsi rasa dan minat yang timbul secara semula jadi.
