Oh! Arena
Keputusan FIFA Tiba-Tiba Berubah, TMJ Tampil Bongkar Misteri
TMJ persoal keputusan FIFA yang tiba-tiba berubah, dedah surat JPN sahkan dokumen pemain Harimau Malaya.
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim lantang bersuara selepas keputusan FIFA yang tiba-tiba berubah walaupun sebelum ini sudah diluluskan.
FAM dah ikut proses dan kerjasama dengan FIFA dan Kerajaan Malaysia. FIFA pun dah approve sebelum ini tetapi kenapa keputusan bertukar now?
Apa yang berlaku sampai tiba-tiba ada keputusan macam ini? Adakah ada entiti luar yang terlibat mempengaruhi keputusan FIFA?- Tulis TMJ.
TMJ persoal hukuman dilakukan secara mengejut…
TMJ mempersoalkan tindakan FIFA menjatuhkan hukuman tanpa sebab jelas. Lebih pelik, keputusan itu diumumkan kepada umum walaupun proses rayuan belum pun selesai.
Lagi satu persoalan, hukuman telah dijatuhkan tanpa memberi sebab-sebab keputusan. Tambahan lagi FIFA cepat untuk mengeluarkan keputusan tersebut dalam public domain walaupun proses rayuan belum selesai. Who was in New York?- Katanya dengan penuh tanda tanya.
TMJ berharap FAM tidak melengahkan masa dan segera membuat rayuan. Katanya, Harimau Malaya tidak boleh ditundukkan hanya kerana ada pihak luar yang cuba menggugat kebangkitan pasukan negara.
Surat rasmi JPN jadi bukti…
Bagi menguatkan hujah, TMJ turut berkongsi surat rasmi daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bertarikh 19 September 2025.
Surat itu mengesahkan dokumen kerakyatan tujuh pemain telah diperiksa rapi termasuk semakan silang dokumen dari Argentina, Brazil dan Sepanyol.
JPN menegaskan semua syarat di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan dipenuhi sebelum sijil kewarganegaraan diberikan.
Takkan kita takut dan nak tunduk dengan individu-individu yang khuatir dengan kebangkitan Harimau Malaya. Lawan tetap lawan. Berani kerana benar.- Tegas TMJ.
Pssttt! Kalau semua dokumen dan proses dah ikut undang-undang Malaysia, kita tak perlu goyah dengan keputusan luar. FAM kena teruskan rayuan dan buktikan Harimau Malaya tak gentar dengan tekanan. Lawan tetap lawan, korang!
Kredit: Instagram
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

