Connect with us

Oh! Media

”Terima Atau Cuba Habiskan Saya” – TMJ Akhirnya Bersuara Isu Kes Faisal Halim

Tmj

Trending

”Terima Atau Cuba Habiskan Saya” – TMJ Akhirnya Bersuara Isu Kes Faisal Halim

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) akhirnya bersuara mengenai dakwaan yang mengaitkan baginda dengan insiden simbahan asid ke atas pemain kebangsaan, Faisal Halim. 

Menurut laporan mStar, Titah tegas baginda itu dimuat naik menerusi laman Facebook rasmi HRH Crown Prince of Johor.

Saya dan JDT tidak perlu turunkan diri ke tahap serendah itu.

Menurut Tunku Ismail, baginda adalah seorang askar dan tidak pernah berlindung di sebalik perbuatan bacul jika benar ingin bertindak terhadap sesiapa.

IKLAN

“Saya tidak akan bersembunyi di sebalik tindakan pengecut” – TMJ

Faisal Halim Tmj

Baginda turut menempelak cubaan segelintir pihak yang sering kali cuba mengheret namanya dalam pelbagai isu termasuk insiden pergaduhan kumpulan skinhead di konsert punk tempatan.

Adakah muka saya kelihatan seperti orang yang habiskan masa dengan ‘headbanging’ di gig punk underground?

Titah tersebut mendapat perhatian ramai, terutama apabila baginda tampil dengan keyakinan dan ketegasan, sekali gus memperlihatkan pendirian untuk tidak melayan tuduhan liar yang tidak berasas.

“Pengaruh saya tidak akan hilang” – TMJ

Tunku mahkota johor tmj ohmedia

Dalam kenyataan sama, Tunku Ismail turut menjelaskan bahawa pengaruh baginda dalam negara ini, baik dari segi bola sepak, politik mahupun ekonomi, tidak akan pudar begitu sahaja.

Saya baru 41 tahun. Pengaruh saya, kuasa, pengalaman, kewangan hanya akan bertambah dari sini.

Tunku Ismail memberi pesanan kepada mereka yang ‘sakit hati’ dengan kedudukan dan pengaruhnya agar belajar menerima hakikat atau ‘cubalah habiskan saya terus’.

Pssttt! Dalam dunia penuh fitnah dan andaian, berhati-hatilah menuduh tanpa bukti. Kebenaran kadang bukan yang paling kuat bersuara, tapi yang tetap berdiri walau diasak dari semua arah.

Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas