Connect with us

Oh! Media

Kekasih Tak ‘Sedia’ Kahwin, Wanita Nekad Terjun Bangunan Bersama Anak Dalam Pelukan

Lili Feature

Trending

Kekasih Tak ‘Sedia’ Kahwin, Wanita Nekad Terjun Bangunan Bersama Anak Dalam Pelukan

Di Hong Kong, seorang wanita ditemui meninggal dunia dalam keadaan bogel selepas terjun daripada bangunan rumahnya. Paling menyedihkan apabila mangsa, Luo Lili terjun sambil memeluk bayinya yang baru berusia lima bulan. Menurut rakan mangsa, kekasih Luo Lin enggan mengahwininya selepas mendapat tahu dia hamil.

Whatsapp image 2021 01 14 at 12954 pm
Kredit Mail Online

Memetik laporan Mail Online, mangsa merupakan satu-satunya anak perempuan kepada taikun hartanah di China. Dia yang merupakan seorang sosialis sering kelihatan bersama figura terkenal seperti Hillary Clinton dan Rita Ora.

Malah, laporan media menyatakan mangsa nekad terjun daripada penthouse mewah dengan keluasan 5,000 kaki kerana mengalami kemurungan selepas melahirkan bayi.

IKLAN
Whatsapp image 2021 01 14 at 13012 pm
Kredit Mail Online

Salah seorang rakan mangsa mendedahkan Luo yang pada ketika itu sedang hamil berharap agar dapat berkahwin dengan kekasihnya namun tidak dipersetujui.

Selepas hamil, Luo harap sangat dapat kahwin dengan kekasihnya. Dia harap hubungan mereka rasmi. Tetapi, sayangnya teman lelakinya tidak sedia untuk kahwin.

Polis Hong Kong memaklumkan pihaknya bergegas ke Ho Man Tin, Kowloon selepas menerima laporan daripada pengawal keselamatan bertugas.

Setibanya di lokasi, kedua-dua mangsa didapati meninggal dunia di tempat kejadian. Hasil pemeriksaan tiada sebarang nota bunuh diri ditemui. Walau bagaimanapun, bedah siasat sedang dijalankan untuk mengetahui punca kematian.

Kredit: Mail Online

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas