Connect with us

Oh! Media

Kecoh Pelanggan Kena Bayar RM1,196 Untuk Ikan Siakap, Ini Penjelasan Pemilik Restoran

ikan siakap

Trending

Kecoh Pelanggan Kena Bayar RM1,196 Untuk Ikan Siakap, Ini Penjelasan Pemilik Restoran

Tular di media sosial apabila pelanggan di Taman Geoforest Karst Kilim Langkawi perlu membayar RM1,196.80 untuk seekor ikan siakap.

ADVERTISEMENT

BACA: Netizen Rasa Selamat Semua Pekerja Restoran Divaksin

Menurut laman Kosmo, Pemilik restoran terapung itu menyatakan bahawa itu merupakan kesalahan pelanggan, kerana pelanggan itu yang memilih ikan tersebut walaupun sudah diberitahu size ikan itu sangatlah besar.

Sudah dinyatakan RM16 setiap satu gram

ikan siakap

Pemilik Restoran Terapung Sas Rimba, Norasyikin Musa menjelaskan bahawa dia sendiri yang berjumpa dan mengambil pesanan pelanggan tersebut.

Saya sudah menerangkan kepada pelanggan bahawa ikan tersebut biasanya tidak dijual, tetapi dibela sebagai salah satu pertunjukan di situ.

Saya telah mencadangkan pelanggan tersebut untuk mengambil ikan lain seperti siakap merah dan kerapu yang saiznya sekitar satu hingga 1.5 kilogram (kg), yang lebih sesuai untuk dijadikan hidangan.

Norasyikin juga telah meminta pelanggan tersebut untuk melihat sendiri ikan yang dipilih, namun mereka tak mahu. Katanya juga, harga ikan tersebut sudah dinyatakan di menu, dengan harga RM16 untuk setiap gram (g).

Pelanggan ada menyatakan bahawa pemilik restoran ini mengenakan cas tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit, namun Norasyikin menafikan kata-kata pelanggan itu.

Pelanggan juga sebenarnya ada dua helai resit berjumlah RM1,759.50 dan RM93 tapi mereka hanya memuat naik gambar resit yang nilai tinggi sahaja.

Semoga situasi ini memberi pengajaran kepada semua untuk sentiasa peka dengan apa yang peniaga katakan. Jangan salahkan peniaga, kalau diri sendiri yang tersilap dan mengambil enteng tentang sesuatu perkara. Nasib baiklah makan berkumpulan, kalau makan sorang-sorang nak bayar tu, memang parah.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas