Connect with us

Oh! Media

“Kasihankanlah Dia” – Datuk Red Berhasrat Untuk Rujuk, Mahu Tunaikan Impian Adira Suhaimi

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 20t124430229

Oh! Artis

“Kasihankanlah Dia” – Datuk Red Berhasrat Untuk Rujuk, Mahu Tunaikan Impian Adira Suhaimi

Pempengaruh dan usahawan Datuk Seri Adnan Abu, atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, berkongsi hasrat untuk kembali rujuk dengan bekas isterinya, penyanyi Adira Suhaimi.

Dalam siaran langsung di TikTok baru-baru ini, Datuk Red menyatakan hasratnya untuk memenuhi impian Adira yang ingin mengadakan majlis resepsi jika mereka berkahwin semula.

Sebelum ini mereka berkahwin di luar negara secara rahsia. Namun kali ini Adira meminta untuk mengadakan majlis.

IKLAN

Insya-Allah, saya ada suarakan kepada Adira tentang bernikah semula. Tapi dia kata dulu bernikah sorok-sorok, takkan kali ini nak sorok-sorok lagi?

Bagi ada majlis sedikit. Betul juga apa yang dia kata.

Ahli perniagaan berusia 46 tahun itu berharap orang ramai mendoakan agar impian Adira dapat direalisasikan. Dia juga menambah bahawa beliau mahu menunaikan permintaan Adira demi kebahagiaan bekas isterinya itu.

Kasihankanlah dia. Jadi saya mahu menunaikan permintaannya itu. Minta doakan saya ya.

Di ruangan komen, ramai netizen turut mendoakan agar pasangan ini dapat bersatu semula selepas enam bulan bercerai. Ada juga yang tidak sabar melihat mereka kembali hidup bersama.

Untuk makluman, Datuk Red dan Adira bernikah di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015, menjadikan Adira isteri keduanya. Mereka kemudian bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Selangor pada 24 April 2024.

Ohmedia ateyn Featured Image   2024 10 20t124430229

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: TikTok


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nurul Fatin
Fatin merupakan bekas penulis separuh masa di Oh! Media, gemar menjelajah dunia dan berkongsi pengalaman serta pandangan uniknya melalui penulisan, memberikan inspirasi kepada pembaca untuk terus eksplorasi dunia.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas