Connect with us

Oh! Media

Murid 10 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Di Tandas Sekolah, Kes Dikaitkan Dengan Buli

Ohmedia kereta Polis Malaysia

Oh! Tidak

Murid 10 Tahun Ditemui Meninggal Dunia Di Tandas Sekolah, Kes Dikaitkan Dengan Buli

Murid 10 tahun maut di tandas sekolah di Senawang, kes disiasat berkaitan buli di bawah Seksyen 507C Kanun Keseksaan.

Kecoh di media sosial semalam insiden menyayat hati menimpa murid berusia 10 tahun yang ditemui tidak sedarkan diri di dalam tandas sebuah sekolah di Senawang .

Mangsa dibawa oleh guru disiplin ke sebuah klinik, namun doktor mengesahkan pelajar itu sudah meninggal dunia.

Siasatan polis berkait unsur buli

Polis

Terbaru, Berita Harian melaporkan kejadian kini diklasifikasikan polis sebagai kes berkaitan buli. Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad memaklumkan, kes disiasat mengikut Seksyen 507C Kanun Keseksaan yang melibatkan perbuatan buli termasuk ancaman atau penghinaan.

IKLAN

Tambah beliau, pihak polis segera ke lokasi selepas menerima maklumat berhubung insiden itu untuk menjalankan siasatan. Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian murid berkenaan.

Kira-kira jam 1.19 tengah hari semalam, polis menerima maklumat berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek pula memberi jaminan bahawa pihak kementerian akan menyediakan sokongan psikososial kepada ibu bapa serta murid sekolah berkenaan.

Orang ramai juga dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih mengenai insiden ini.

Pssttt! Tragedi ini sekali lagi mengingatkan kita betapa seriusnya isu buli di sekolah. Biarpun punca sebenar kematian masih menunggu hasil bedah siasat, pihak berwajib perlu memperketatkan pengawasan dan tindakan tegas bagi memastikan keselamatan murid terjamin. Semoga keluarga mangsa diberikan kekuatan menghadapi ujian ini.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas