Oh! Artis
Nasib Peserta Kapal Mikeno Jadi Tanya Tanda, Suami Yakin Ardell Aryana Akan Balik
Kapal Mikeno yang dinaiki Ardell Aryana kini di perairan Gaza namun nasib peserta jadi tanda tanya.
Pelakon Nadzmi Adhwa tampil menenangkan orang ramai yang risau dengan keadaan isterinya, Ardell Aryana, yang tidak dapat dihubungi sejak subuh hari ini.
Difahamkan, Ardell yang berada dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) kini berdepan situasi genting apabila banyak kapal lain telah ditawan tentera IDF.
“Korang kena tenang sebab Ardell tenang”
Menerusi perkongsian di media sosial, Nadzmi menulis kata-kata penuh yakin dan reda bahawa isterinya akan pulang dengan selamat.

Nadzmi berdoa semoga Allah SWT melindungi isterinya yang berada dalam kapal Mikeno yang menghampiri perairan Gaza.
Menurut laporan Buletin TV3, kapal Mikeno yang membawa sebahagian delegasi flotilla kini berada di perairan Gaza, namun nasib peserta masih menjadi tanda tanya.
Sehingga kini belum ada kepastian mengenai status semua aktivis yang berada di atas kapal berkenaan.
Keadaan itu menambah kerisauan keluarga dan rakyat Malaysia yang terus menantikan berita rasmi daripada pihak Sumud Nusantara Command Centre (SNCC).
Pssttt! Oh! Media melihat doa rakyat Malaysia yang tak pernah putus menjadi kekuatan utama buat keluarga aktivis, termasuk Nadzmi Adhwa yang tabah menanti isterinya. Sama-sama kita berdoa dan melakukan solat hajat untuk keselamatan aktivis GSF.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM