Connect with us

Oh! Media

“Kau Nak Buat Amal Ke Nak Viral?” – Pereka Fesyen Dikecam Pertikai Sukarelawan Sumud

Ohmedia misi Gsf

Trending

“Kau Nak Buat Amal Ke Nak Viral?” – Pereka Fesyen Dikecam Pertikai Sukarelawan Sumud

Pereka fesyen didakwa mempertikai sukarelawan Sumud yang sertai misi flotilla ke Gaza.

Ketika rakyat Malaysia sedang sibuk mendoakan keselamatan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF), muncul pula satu isu panas melibatkan seorang pereka fesyen.

Tular semula tangkap layar Instagram story miliknya seolah-olah mempertikai pengorbanan sukarelawan misi bantuan tersebut.

Kenyataan jadi bahan kecaman

Pereka Fesyen

Dalam perkongsian itu, dia dilihat mempersoalkan tujuan peserta misi yang bercerita mengenai kesukaran mereka seperti kekurangan makanan, tidak dapat mandi, ruang kapal yang sempit dan masalah untuk mengecas telefon.

IKLAN

Kadang-kadang aku tak paham yang dok joint misi-misi bantuan ni semua. Kau dah tau memang kau tengah buat kebaikan… yang kau sibuk buat live bercerita tak cukup makan, tak mandi, kapal sempit, nak charge phone pun tak boleh… Kalau dah tau benda ni semua akan berlaku, yang kau pergi buat apa? Kalau nak selesa jangan buat misi bantuan. Pergi buat syarikat travel & tour. Kau nak buat amal ke nak viral??

Kenyataan itu ternyata mengundang rasa kurang senang ramai netizen yang menilai kata-kata tersebut sebagai tidak wajar, lebih-lebih lagi ketika aktivis kemanusiaan sedang berdepan risiko ditahan Israel.

Netizen tak puas hati

Pereka

Rata-rata warganet meluahkan rasa marah melihat kenyataan itu seakan-akan merendahkan usaha sukarelawan yang sanggup berkorban demi kemanusiaan.

Mereka menegaskan misi flotilla bukan tentang keselesaan, sebaliknya keberanian untuk membawa suara Palestin ke mata dunia.

Pssttt! Bila ada orang sanggup korbankan nyawa demi Palestin, sepatutnya kita doakan dan beri sokongan, bukannya menambah sindiran.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas