Connect with us

Oh! Media

“Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” – Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital

Ohmedia biopsi

Trending

“Jumpa Doktor Setakat Nak Bagi Tarikh?” – Adik Hidap Kanser Tahap 4 ‘Disidai’ Berjam-Jam Di Hospital

Seorang pengguna Facebook bernama Nor Syuhada meluahkan rasa kecewa dengan sistem pengurusan hospital ketika mendapatkan rawatan untuk adiknya yang sedang bertarung dengan kanser pankreas tahap 4.

Dalam hantaran yang dibuat, Syuhada mendakwa adiknya yang dijaga ibu sedang uzur menunggu selama berjam-jam untuk ‘review’ keputusan biopsi yang dibuat pada awal September lepas.

Berjam-jam tunggu

Hospital

Namun, selepas dipanggil masuk ke bilik doktor, mereka diberitahu keputusan belum siap dan diminta untuk menunggu di wad.

IKLAN

Ingat dekat wad akan dapat result. Tak dapat juga. Keluar wad, bagi pulak tarikh 20 Oct untuk review result. Datang harini, tunggu lagi berjam. Last-last cakap pakar turun 27 Oct ni. Nanti datang balik 27 ni.

Setelah menunggu berjam-jam, Syuhada kecewa apabila usahanya untuk mendapatkan keputusan biopsi tidak membuahkan hasil.

Pegawai perubatan meminta mereka untuk kembali pada tarikh yang lain iaitu 27 Oktober akan datang.

Dua kali diberi tarikh baru

Hospital

Menurut Syuhada, mereka terpaksa datang jauh dari Besut ke Kuala Terengganu hanya untuk diberitahu tentang tarikh baru, dan dia merasakan perkara tersebut boleh dimaklumkan menerusi telefon sahaja.

Jumpa doktor setakat nak bagi tarikh? Sistem apa yang Kementerian Kesihatan Malaysia ada sekarang ni. Kenapa tenat sangat? Ni belum cerita yang Hospital Besut. Cukuplah dulu. Bukan suka pun nak complaint. Adik aku kanser pankreas tahap 4. Yang jaga ibu aku yang dah tua.

Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman serupa, menyatakan kekecewaan mereka terhadap sistem pengurusan hospital yang lambat dan menyusahkan, terutama sekali bagi pesakit yang berada dalam situasi kritikal.

#OhmediaNasihat

Ohmedia simpati dengan situasi yang dialami Syuhada dan keluarganya. Sistem perubatan perlu lebih peka dan efisien dalam menguruskan pesakit kritikal seperti ini. Walaubagaimanapun, kita tunggu respon balas daripada pihak yang berkenaan.

Ohmedia biopsi

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Facebook Nor Syuhada


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas