Baru-baru ini, seorang lelaki meluahkan rasa tidak puas hati di TikTok terhadap influencer makanan terkenal, Jason, yang sering memberikan review jujur tentang makanan.
Dia mendakwa komen-komen tersebut menyebabkan perniagaan peniaga terjejas kerana pelanggan enggan datang selepas mendengar komen dan melihat rating yang diberkan Jason jika terlalu rendah.
IKLAN
“Nak tolong atau nak jahanamkan peniaga?”- Soal Individu terbabit.
Menurut individu terbabit, Jason sepatutnya lebih berhati-hati dalam memberi ulasan kerana ia boleh memberi kesan buruk kepada peniaga kecil.
Kau nak tolong peniaga atau nak menjahanamkan peniaga? Orang tak panggil review, jangan datang. Janganlah jujur sangat.- Tegasnya.
Kenyataan itu menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen mengenai etika review makanan adakah lebih baik bersikap jujur atau hanya memberi komen positif demi menjaga hati peniaga?
“Saya Pun Pelanggan!”- Balas Jason.
Tidak berdiam diri, Jason menyatakan bahawa sebagai pelanggan, dia berhak memberikan pendapat jujurnya. Dia turut mempertikaikan logik individu terbabit yang mendakwa pelanggan tidak boleh tinggalkan ulasan tanpa jemputan rasmi.
Adakah awak kata kita sebagai pelanggan tak boleh tinggalkan Google Review hanya kerana kami tidak dapat official RSVP? Awak punya tekak dengan saya lain-lain.- Katanya.
Jason juga menyindir individu terbabit agar menukar nama akaun TikToknya daripada ‘Kaki Review’ kepada ‘Kaki Promote’ jika hanya ingin mendengar ulasan positif.
Dalam dunia media sosial, jujur dalam review makanan memang penting, tapi ada cara yang lebih beretika untuk menyampaikan kritikan tanpa menjatuhkan sesiapa.
Peniaga pula perlu bersikap terbuka terhadap maklum balas pelanggan supaya boleh memperbaiki perniagaan mereka. Korang pula macam mana?
Jap!
Baca dulu respon netizen di Facebook. Rujukan kami: TikTok