Connect with us

Oh! Media

Cik Epal Nafi Bayar Jason Selepas Bagi Rating Tinggi

Ohmedia cik epal jason

Oh! Artis

Cik Epal Nafi Bayar Jason Selepas Bagi Rating Tinggi

Cik Epal nafi dakwaan bayar Jason untuk beri reviu piza selepas tular tuduhan di Threads.

Bila cerita pasal makanan ni, korang pun tahu betapa cepatnya satu reviu boleh buat sesuatu tempat jadi viral. Itulah yang jadi dekat usahawan dan pempengaruh terkenal, Cik Epal, bila perniagaan piza miliknya tiba-tiba jadi bahan bualan selepas satu tuduhan tak berasas naik di Threads.

Segalanya mula panas bila muncul satu akaun Threads bernama Cik_Epal_Masam yang mendakwa Cik Epal telah membayar pempengaruh Jason untuk bagi reviu positif. Tuduhan itu langsung tak masuk akal, sampai Cik Epal sendiri tampil bersuara.

Menurut pemilik nama Murni Mahmud itu, dia sangat kecewa difitnah sedemikian hanya kerana perniagaannya menerima perhatian ramai.

IKLAN

Reviu jujur Jason jadi viral…

Dalam video tu, Jason memuji tekstur piza, pes tomato yang lebih kaya rasa dan penggunaan daging wagyu yang katanya lain daripada tempat lain. Lebih mengejutkan bila Jason siap bagi rating 8.7, antara yang tertinggi pernah dia bagi, sekaligus buat ramai mula tercuit nak cuba sendiri.

Akaun palsu cuba cemarkan nama baik…

Akaun Threads yang membuat tuduhan itu jelas cuba mencemarkan nama baik perniagaan Cik Epal. Tuduhan “Jason dibayar okay” itu bukan saja tak berasas, malah mencetuskan kekeliruan dalam kalangan warganet.

Bagi Ohmedia, tindakan sebegini bukan saja merugikan peniaga, tapi boleh rosakkan reputasi tanpa sebab. Sebab tu Cik Epal terus tampil menjelaskan perkara sebenar supaya tak ada lagi salah faham.

Pssttt! Korang, bila baca benda macam ni dekat media sosial, jangan cepat sangat percaya. Dunia online ni kadang kadang lagi laju dari fakta. Kalau tak pasti, cari sumber sahih dulu. Tak pasal pasal, fitnah boleh makan diri dan jejaskan rezeki orang lain.

Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas